KUALA LUMPUR :Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang dijadualkan tamat Selasa ini, dilanjutkan 14 hari lagi, sehingga 9 November depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan situasi peningkatan kes positif selain penilaian Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan COVID-19.

BACA: PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya dilanjutkan 14 hari lagi

Berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan beliau menerusi sidang media, hari ini (Isnin, 26 Oktober 2020):

1) PDRM menahan 857  individu atas pelbagai kesalahan, termasuk 10 individu direman.

2) PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dilanjutkan sehingga 9 November depan.

3) PKPD di Taman Khazanah Indah dan Pangsapuri Mutiara Kasih di Lahad Datu serta Felda Umas di Kalabakan dilanjutkan sehingga 9 November 2020.

4) PKPB di zon Nilai dan PKPD Putra Point Nilai berkuat kuasa  28 Oktober sehingga 10 November 2020.

5) PKPD di Taman Mesra dan Taman Mawar, Sandakan, Sabah bermula 28 Oktober 2020 sehingga 10 November 2020.