MAJLIS Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) pada Khamis mengumumkan kebenaran pelaksanaan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),

Waau bagaimanapun kebenaran ini belum dibuka kepada orang awam, sebaliknya hanya diberikan kepada ahli Jawatankuasa Kariah dan Pegawai masjid dan surau.

Berikut senarai garis panduan bersyarat bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri sepanjang PKPB seperti yang dikeluarkan oleh MAIPK:

  1. Hanya dihadkan 12 orang jemaah bagi satu-satu masjid termasuk imam dan khatib.
  2. Pengerusi Jawatankuasa Kariah hendaklah mengenal pasti, dan menetapkan bahawa jemaah yang dibenarkan hadir terbatas kepada kalangan Ahli Jawatankuasa Kariah dan Pegawai masjid/surau.
  3. Warga yang berusia lebih daripada 60 tahun untuk hadir berjemaah tidak digalakkan.
  4. Setiap jemaah hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran.
  5. Mengambil wuduk sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah masing-masing.
  6. Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema tidak dibenarkan hadir.
  7. Mereka yang mempunyai sejarah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah, dan sebagainya, juga tidak dibenarkan hadir.
  8. Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau diri Jumaat dibenarkan untuk menggunakan pembesar suara luar semasa bacaan teks khutbah dan takbir untuk manfaat ahli-ahli kariah di sekitar masjid dan surau.
  9. Tempoh masa bermula azan, khutbah hingga selesai Solat Jumaat, begitu juga tempoh mula bertakbir hingga selesai khutbah Solat Aidilfitri di dalam masjid dan surau dihadkan tidak melebihi 20 minit.
  10. Penyusunan saf dan kedudukan dalam masjid atau surau diri Jumaat hendaklah mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  11. Para jemaah hendaklah bersurai dan tidak mengadakan sebarang jamuan makan minum di masjid/surau selepas selesai urusan Solat Sunat Aidilfitri.
  12. Teks khutbah hendaklah ringkas dan padat, dengan masa penyampaian tidak melebihi 10 minit, disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK).
BACA: Perak benarkan solat Jumaat, Aidilfitri bersyarat