Keseimbangan dari segi keperluan kesihatan dan ekonomi menjadi pertimbangan kerajaan sebelum melonggarkan beberapa aspek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk dilaksanakan dalam PKP fasa lima iaitu PKP Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika dilihat keadaan ekonomi negara akibat PKP fasa pertama, kerugian kepada negara adalah besar iaitu RM2.4 bilion sehari.
"Sepuluh hari sudah RM24 bilion... sekarang dah lebih 40 hari (PKP dilaksanakan), jadi kerugiannya amat besar untuk ditanggung.
"Keduanya, ramai rakyat kata yang rugi itu adalah usahawan besar, mereka tanggunglah, tetapi kita jangan lupa jika sebuah syarikat besar ditutup kerana kerugian, yang jadi mangsa adalah rakyat, pekerja-pekerja," katanya dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk "Disiplin Diri Demi Negara" di Bernama TV malam tadi.
Menurutnya kerajaan menjangkakan lebih daripada sejuta pekerja mungkin kehilangan pekerjaan sekiranya PKP tidak dilonggarkan serta berterusan sehingga Jun ini.
"Itu yang bekerja, (tetapi bagi) yang berniaga sendiri, sesetengah itu perniagaan mikro yang kecil-kecil ini, mereka bergantung kepada pendapatan harian mereka untuk hidup.
"Jadi mereka bercakap bukan soal untung rugi, tetapi soal sama ada mampu untuk meneruskan kehidupan dari segi perniagaan mereka. Jadi banyak pertimbangan yang kita (kerajaan) lakukan," katanya.
Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata fokus kerajaan kini adalah terhadap kluster yang dijangkiti COVID-19 dan juga dari segi lokaliti bagi mengawal penularan wabak berkenaan.
"Sekarang kita fokus kepada lokaliti. Katakan (contohnya jika) tiba-tiba berlaku PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) di Chow Kit, di Kampung Baru atau seluruh Kampung Baru, jadi kita 'lock' satu Kampung Baru, tidak perlu kita 'lock' sampai ke Perlis," jelasnya.
Katanya tidak adil untuk kerajaan membuat sekatan terhadap sesebuah negeri yang kesemuanya kawasannya Zon Hijau COVID-19, hanya kerana ada kawasan-kawasan di negeri lain yang mempunyai Zon Merah.
Dalam aspek pergerakan rentas negeri, beliau berkata Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dianggap sebagai Lembah Klang, dan sehubungan itu tiada masalah dalam soal pergerakan.
Dalam pada itu, berhubung isu pendatang asing tanpa izin, Ismail Sabri menegaskan tindakan kepada kelompok terbabit tetap sama, sama ada sebelum, semasa atau selepas PKP.
"Kita tidak boleh kata, kita lepaskan kamu (pendatang tanpa izin) sebab kamu datang waktu COVID-19. Tak boleh, sebab kalau begitu kita beri signal yang salah bukan sahaja kepada rakyat kita tetapi juga kepada yang bakal nak jadi pendatang asing tanpa izin (untuk datang ke Malaysia)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 07 2020
Ismail Sabri ketika sesi temu ramah khas bersama Bernama TV dalam Program Ruang Bicara Khas bertajuk 'Disiplin Diri, Demi Negara' di Wisma Bernama malam tadi. --fotoBERNAMA
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.