Semua sektor agrikomoditi antara sektor ekonomi yang dibenarkan untuk beroperasi semula 4 Mei depan.

Ia merangkumi semua sektor antaranya pengeluaran agrikomoditi seperti sawit, getah, koko, lada, kenaf dan kayu kayan termasuk ladang hutan dan rantaiannya termasuk penuaian, pengumpulan, pengangkutan dan penyelenggaraan bagi ladang dan pekebun kecil.

Sektor ini turut merangkumi dagangan agrikomoditi termasuk jualan, belian, penggredan, pengangkutan dan pengumpulan serta input pertanian melibatkan anak benih, baja, racun, perlatan, alat ganti jentera dan mesin.

Namun, ia tertakluk kepada arahan tetap iaitu tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa tempatan yang berkuatkuasa, operasi di kawasan PKPD tidak dibenarkan dan pekerja asing wajib menjalani ujian makmal kesihatan COVID-19.

Namun tertakluk kepada peraturan yang digariskan berdasarkan tindakan dan penerangan ringkas dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Aktiviti dan protokol:

1) Protokol pencegahan penyakit & sekatan

- Majikan perlu menyediakan protokol di tempat kerja yang meliputi pengawasan penyakit dan pencegahan penyebaran jangkitan mengikut standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2) Saringan kesihatan

(i) Pemeriksaan dan pemantauan kesihatan sebelum operasi

(a) Semua pekerja adalah tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan sebelum memasuki kawasan operasi dengan menggunakan non-contact thermometer dan pemeriksaan bagi simptom-simptom COVID-19.

(b) Maklumat mengenai tahap kesihatan pekerja hendaklah direkodkan dan disimpan oleh pemilik ladang/pekebun kecil.

(c) Semua pekerja hendaklah sentiasa mengekalkan kebersihan diri dan mengamalkan penjarakkan sosial (social distancing) dengan mengekalkan jarak sekurang-kurangnya 1meter dengan pekerja yang lain; dan

(d) Mana-mana pekerja yang telah dikenalpasti menunjukkan simptom-simptom COVID-19 hendaklah diberikan akses untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera dan tindakan kuarantin perlu diambil. Justeru, pemilik ladang/pekebun kecil perlu menyediakan tempat kuarantin yang bersesuaian sekiranya kejadian ini berlaku.

(ii) Tindakan pencegahan semasa operasi

(a) Pengangkutan pekerja ke tempat operasi dalam kumpulan besar adalah tidak dibenarkan. Pemilik ladang/pekebun kecil perlu meminimakan bilangan pekerja yang perlu melaksanakan operasi bagi mengurangkan risiko jangkitan di kalangan pekerja;

(b) Semua pekerja hendaklah sentiasa mengekalkan kebersihan diri dan mengamalkan penjarakkan sosial (social distancing) dengan mengekalkan jarak sekurang-kurangnya 1meter antara seorang pekerja dengan pekerja yang lain sepanjang tempoh operasi;

(c) Pemilik ladang/pekebun kecil perlu meminimakan situasi yang memerlukan para pekerja berkumpul secara beramai-ramai. Antaranya melaksanakan waktu rehat secara berperingkat bagi mengelakkan situasi berkenaan.

(d) ) Pemilik ladang/pekebun kecil perlu menyediakan peralatan pencegahan penularan wabak seperti hand sanitiser dan topeng muka serta menempatkannya di lokasi-lokasi strategik di tempat tumpuan seperti pintu masuk ke kawasan operasi, surau, kantin dan kenderaan pekerja; dan

(e) Pemilik ladang/pekebun kecil perlu melaksanakan proses disinfeksi secara berkala di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pekerja.

(iii) Pemeriksaan kesihatan ke atas pelawat / pembekal

(a) Pelawat dan pembekal yang memasuki kawasan operasi perlu dihadkan dan mereka hanya dibenarkan memasuki kawasan operasi bagi tujuan yang perlu sahaja;

(b) Tahap kesihatan semua pelawat dan pembekal hendaklah diperiksa dengan menggunakan non-contact thermometer dan diperiksa bagi simptom-simptom COVID-19; dan

(c) Mana-mana pelawat dan pembekal yang telah dikenalpasti menunjukkan simptom-simptom COVID-19 tidak dibenarkan memasuki ke kawasan operasi.

3) Laporan kesihatan (di premis dan penginapan pekerja yang disediakan syarikat)

- Laporkan kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan sekiranya berlaku jumlah ketidakhadiran pekerja melebihi 5% daripada jumlah bilangan pekerja kerana demam atau bersimptom.

- Pekerja yang mempunyai suhu badan ialah 37.5° celcius ke atas atau menunjukkan sebarang simptom hendaklah dirujuk ke Klinik Panel Syarikat atau Klinik Kesihatan yang berdekatan.

- Pekerja tersebut tidak dibenarkan memasuki premis syarikat

4) Protokol pencegahan penyakit dan sekatan

- Majikan perlu menyediakan protokol di tempat kerja yang meliputi pengawasan penyakit dan pencegahan penyebaran jangkitan mengikut standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

5) Saringan kesihatan

- Menyediakan alat saringan suhu badan atau thermal scanner

- Melaksanakan saringan bagi mengesan gejala berkaitan Covid-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas setiap hari.

- Saringan perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk kilang / premis.

6) Laporan kesihatan (di premis dan penginapan pekerja yang disediakan syarikat)

- Laporkan kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan sekiranya berlaku jumlah ketidakhadiran pekerja melebihi 5% daripada jumlah bilangan pekerja kerana demam atau bersimptom.

- Pekerja yang mempunyai suhu badan ialah 37.5° celcius ke atas atau menunjukkan sebarang simptom hendaklah dirujuk ke Klinik Panel Syarikat atau Klinik Kesihatan yang berdekatan.

- Pekerja tersebut tidak dibenarkan memasuki premis syarikat