PLUS Malaysia Berhad (PLUS) buat julung kalinya menerbitkan sebuah filem pendek bertajuk Tumpang sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Menurut PLUS, Tumpang merupakan kesinambungan semangat penceritaan Tahun Baru Cina, Shou Xin dengan nilai teras yang kukuh.

Tumpang mengisahkan dua lelaki berlainan dunia dan usia, Pak Man dan Amir, yang secara kebetulan ditemukan di sebuah Hentian Rehat dan Rawat selepas Amir ditinggalkan bas untuk balik beraya ke Muar, Johor.

Pak Man yang pada mulanya enggan menumpangkan Amir tidak menyangka perjalanannya bersama anak muda itu membuatkan dia tersedar betapa berharganya hubungan sesama manusia, terutamanya ahli keluarga, dan pada masa sama, hubungan antara manusia dengan Sang Pencipta.



Melalui filem pendek itu juga, PLUS secara tidak langsung mendidik orang ramai bahawa sikap bantu-membantu membawa banyak pengajaran dan boleh tanpa disangka-sangka memberi kebaikan kepada orang lain.

PLUS memegang erat semangat saling mengasihi dan membantu antara satu sama lain yang sudah menjadi dasar syarikat itu sejak lebih tiga dekad lalu, tanpa mengira usia, latar belakang mahu pun kaum.

Pada masa sama, PLUS sentiasa berusaha untuk memberikan keselesaan dan kemudahan melalui infrastruktur dan perkhidmatan kepada orang ramai sebaik mungkin.

Tidak ubah seperti watak Pak Man dan Amir, secara realitinya insan yang ditemui secara tanpa sengaja sebenarnya mampu menjadi asbab dalam membawa kebaikan dalam kehidupan untuk membaiki diri menjadi lebih ikhlas, bersabar, pemaaf dan lebih mengenali erti terima kasih.

Justeru, PLUS berharap agar Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi memberi jutaan rahmat kepada setiap insan dan sesungguhnya sebuah kebaikan mampu membawa seribu pengajaran.