Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi melalui media sosial.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ini memandangkan media sosial sudah mengambil alih kedudukan media massa seperti television dan akhbar sebagai alat membentuk pemikiran rakyat.

Jelasnya, kerajaan harus meningkatkan keberkesanan komunikasi melalui medium tersebut bagi memastikan rakyat benar-benar faham dasar pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan.

Najib berkata demikian semasa menghadiri forum sempena Sidang Ekonomi Kebangsaan anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan BERNAMA di ibu negara.

"Kunci untuk mengurangkan kesan politik (terhadap agenda pembaharuan) ialah dengan komunikasi dan pemasaran yang lebih baik. Kita mempunyai "cerita" dan "produk" yang bagus tetapi pemasaran atau komunikasi tidak setanding dengan kualiti "produk" kita," jelas Najib.

Najib juga mahu mesej kerajaan yang lebih efektif sampai kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Najib berkata walaupun kerajaan tidak melaksanakan penapisan di platform media sosial tetapi sedar bahawa ia (meningkatkan keberkesanan komunikasi media sosial) sesuatu yang sukar, tetapi harus dilaksanakan.