Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis prapelancaran penganjuran Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di sini, yang akan berlangsung pada 7 hingga 13 Feb tahun hadapan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
WUF9, anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN HABITAT), diadakan bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai cabaran perbandaran, dijangka menarik penyertaan seramai 25,000 peserta tempatan dan luar negara.
Sebagai simbolik pelancaran itu, Najib memasukkan logo WUF9 ke dalam ruang sedia ada berlatarkan poster ''9th Session of the World Urban Forum".
Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersempena pelancaran itu, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah bagi WUF9 pada tahun 2018 dan merupakan bandar kedua di Asia selepas Nanjing, China pada tahun 2008.
Menurut kementerian itu, kesediaan negara untuk menjadi tuan rumah akan mencerminkan komitmen Malaysia kepada dunia di alam aspek pembangunan bandar yang mampan dan sejahtera.
Ia adalah selari dengan aspirasi negara dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan, Persidangan Pihak-Pihak 21 (COP21) - Perjanjian Paris , selain menerima pakai Agenda Perbandaran Baharu (NUA) yang dipersetujui pada Persidangan ke-3 Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Perumahan dan Pembangunan Bandar Mampan (HABITAT III) di Quito, Ecuador pada 20 Okt , 2016, kata kenyataan itu.
WUF9 adalah forum yang pertama diadakan selepas HABITAT III pada tahun lepas, yang merupakan persidangan perundangan global yang dianjurkan setiap dua tahun untuk mengkaji dan menentukan agenda bandar serta membuka jalan bagi wawasan UN-Habitat ke arah masa depan bandar yang lebih baik.
Menurut kementerian itu, penganjuran WUF9 yang bertemakan ''Implementing the New Urban Agenda'' (Melaksanakan Agenda Perbandaran Baharu) menjadi platform pertama untuk dibahaskan tentang pelaksanaan dan pencapaian NUA.
Penyertaan dalam forum WUF9 adalah percuma dan orang awam serta semua pihak berkepentingan dalam bidang perbandaran dialu-alukan, menurutnya.
Pendaftaran untuk penyertaan orang awam dijangka bermula Julai ini, katanya.
"Melalui forum ini, para peserta akan memperoleh faedah dan amalan terbaik dalam membangunkan bandar ke arah memenuhi matlamat ''New Urban Agenda'' pada tahun 2036," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) pada majlis pra pelancaran 'World Urban Forum' di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar.
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
[TERKINI] A.S veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Amerika Syarikat menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
Reezal Merican ketua delegasi Malaysia pada WUF ke-11
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan mengetuai delegasi Malaysia pada Forum Bandar Sedunia ke-11 (WUF11) bermula esok.
Kehadiran delegasi Israel atas jemputan PBB, bukan Malaysia - Reezal
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican berkata kehadiran Israel adalah atas jemputan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan bukan Kerajaan Malaysia.
WUF ke-9 terbuka kepada semua negara anggota PBB
Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) merupakan forum teknikal bukan perundangan yang terbuka kepada semua negara anggota Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Asia Pasifik punyai golongan miskin bandar terbanyak - Bank Dunia
Ini dapatan yang diperoleh melalui kajian yang dibuat Bank Dunia dalam laporannya 'Bandar Asia Timur dan Pasifik: Meningkatkan Peluang Bagi Golongan Miskin Bandar'.
WUF ke-9 buka tirai hari ini
Forum Bandar Sedunia ke-9 atau WUF bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
PM Najib sempurnakan prapelancaran Forum Bandar Sedunia ke-9 pada 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis prapelancaran penganjuran Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di sini.