Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan Perutusan Khas pada malam ini.

Perutusan khas tersebut akan disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen termasuk Astro AWANI pada pukul 8 malam.

Dalam pada itu, umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada Jumaat.

Perkara itu akan diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pada malam ini.