Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sewajarnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) bagi membersihkan nama beliau dan imej negara.
Beliau berkata ini kerana laporan WSJ yang mendakwa kira-kira RM2.6 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah dakwaan yang melibatkan soal maruah kepimpinan negara di mata dunia.
"WSJ sebagai institusi media yang berpengaruh dan dihormati di dunia seharusnya mengemukakan bukti yang kukuh sebelum melemparkan tuduhan berat sebagaimana yang terpapar dalam beritanya.
"Tindakan WSJ yang mendahului siasatan yang sedang dijalankan sememangnya hanya bertujuan mensensasikan berita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hilir Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini pada Sabtu.
Katanya dalang dalam penyebaran maklumat tidak tepat itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan tindakan undang-undang perlu diambil.
"Kita sedia maklum bahawa Jabatan Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sedang menyiasat isu 1MDB. Justeru, semua pihak perlu menunggu hasil siasatan sebelum membuat sebarang penilaian.
"Kita serahkan kepada Perdana Menteri untuk berbincang dengan peguam beliau ataupun Peguam Negara yang boleh dilakukan atas kapasiti sebagai individu atau perdana menteri," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya akan mengambil tindakan mengikut perundangan dan akta sedia ada terhadap media yang menyiarkan maklumat tidak tepat atau daripada sumber yang tidak sah yang bertujuan menjatuhkan maruah kerajaan dan negara.
Beliau berkata undang-undang berkaitan perbankan di negara ini tertakluk kepada Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).
"Maklumat yang ada dalam rahsia perbankan tidak seharusnya keluar apatah lagi berita itu datangnya daripada dokumen yang tidak disahkan oleh pihak bank. Ini di luar daripada etika kewartawanan," katanya.
Bernama
Sun Jul 05 2015
Laporan WSJ yang mendakwa RM2.6 bilion dana 1MDB dimasukkan ke akaun Najib adalah dakwaan yang melibatkan soal maruah kepimpinan negara.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
PM wajar ambil tindakan undang-undang terhadap WSJ - Ahmad Zahid
Laporan WSJ yang mendakwa kira-kira RM2.6 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah dakwaan yang melibatkan soal maruah kepimpinan negara.
Meteor terhempas, lebih 1,000 penduduk Rusia cedera
Lebih seribu penduduk Rusia cedera akibat meteor terhempas semalam. Ia dilapor memasuki ruang udara kawasan pergunungan Ural sebelum menimpa daerah Chelyabinsk.