Pelumba kebangsaan, Nik Mohd Azwan Zulkiflie tidak menyangka muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia pada peringkat pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 dari Taman Merdeka, Kangar ke Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim di sini, hari ini.
Pelumba pasukan Forca Amskins Racing (FAR) itu menduduki tangga kelima dalam ranking juara keseluruhan (jersi kuning) dengan catatan masa 3 jam 29 minit pada perlumbaan sejauh 147.9km.
Pencapaian tersebut turut meletakkan Nik Mohd Azwan di kedudukan ketiga jersi putih (pelumba terbaik Asia) di belakang pelumba pasukan KSPO Bianchi Asia Procycling, Seo Joon Yong dari Korea Selatan dan pelumba China, Wang Bo daripada pasukan Hengxiang.
"Semua rakan sepasukan memberikan kerjasama, jadi tiada masalah untuk saya mencatatkan keputusan positif pada perlumbaan hari ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan berkenaan.
Nik Mohd Azwan, yang lebih dikenali dengan panggilan 'Pok Nik', mengakui saingan sengit ditampilkan Wang Bo yang jelas berada dalam tahap terbaik untuk memenangi jersi Polka Dot Merah selaku Raja Bukit.
Anak jati Kelantan itu bagaimanapun bertekad untuk menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk memastikan jersi berkenaan berjaya dimiliki oleh pasukan FAR pada peringkat kedua dari Gerik ke Kota Bahru sejauh 208.3km, esok.
Dua zon pendakian menanti pelumba di Gerik dan banjaran Titiwangsa, disusuli tiga zon pecutan di Batu Melintang, Bukit Bunga dan Rantau Panjang.
"Saya pernah beraksi di laluan Gerik dalam LTdL tahun lepas, jadi saya akan cuba gunakan pengalaman saya untuk bantu dua pelumba pasukan kita, John Kronborg Ebsen dan Alvaro Duarte untuk meraih mata dalam laluan berbukit.
"Saya bagaimanapun menyerahkan kepada jurulatih untuk menentukan strategi perlumbaan...kalau saya diarahkan untuk berjuang untuk jersi hijau (Raja Pecut), saya akan beri yang terbaik," kata Nik Mohd Azwan yang merupakan seorang anggota polis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 18 2018
Pelumba pasukan KSPO Bianchi Asia Procycling Seo Joonyong (kanan) mengasak Nik Mohd Azwan untuk mengumpul mata raja bukit pada zon pendakian sempena siri Jelajah LTdL peringkat pertama. - Bernama
Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23, 24 Oktober
Pendengaran rayuan Datin Rosmah Mansor terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah di Mahkamah Rayuan ditetapkan dua hari bermula 23 Oktober.
Promoter dipenjara 10 tahun, denda RM6,000
Seorang promoter wanita dihukum penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Balik Pulau selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah air panas ke atas seorang lelaki kurang upaya (sindrom down) dalam kejadian di dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas Jumaat lalu.
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.
Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh.
35,000 naskhah novel terjual, bekas arkitek raih jualan cecah RM2.5 juta
Ia bermula apabila beliau dan isteri mahu membawa ibu bapa mereka ke Mekah untuk menunaikan umrah pada Disember 2019.
Piala Dunia 2022: Kembara 5,500km dengan basikal untuk bola sepak
Pablo Garcia dan Fernando Boca tiba di Qatar dengan menaiki basikal dari Itali menempuh perjalanan 5,500 kilometer.
Guru hadiahkan basikal kepada murid cemerlang
Mohammed Abdulwahab akan menawarkan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam gred pertama dan ketiga.