Siapa sangka banglo mewah di Taman Duta dijadikan markas untuk satu sindiket penipuan yang dikenali sebagai 'Macau Scam'.

Hasil risikan dan pertukaran maklumat dengan pihak polis dari negara China, serbuan serentak di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang telah dilakukan dan hasilnya sindiket yang beroperasi di banglo mewah itu berjaya ditumpaskan.

Ketika pihak berkuasa melakukan di banglo tersebut. 44 warganegara China dan Taiwan sedang leka menjalankan urusan menghubungi mangsa penipuan di negara mereka.

Kesemua mereka berusia sekitar awal 20-an diletakkan di banglo tersebut sejak tiga bulan lalu dan diajar membaca skrip urus niaga.

Siasatan polis mendapati banglo itu disewa pada kadar RM20,000 sebulan hanya didatangi seorang lelaki yang bertindak sebagai pembeli makanan.

Bagaimanapun, polis masih lagi mencari dalang sebenar dan rangkaian sindiket tersebut di luar negara.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Sentul untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.