Tutup

Polis buru dua lelaki samun kedai 24 jam

Polis buru dua lelaki samun kedai 24 jam
Seorang suspek memakai topi berbadan kurus dan seorang lagi menutup muka dengan kain hitam dengan badan berisi dilihat tiba-tiba meluru masuk ke dalam kedai. - Foto PDRM
LAHAD DATU: Polis Sabah sedang memburu dua lelaki yang menyamun dengan menggunakan senjata di sebuah kedai runcit 24 jam di Bandar Wilayah, di sini, pada awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, ketika kejadian sekitar jam 2 pagi itu, terdapat empat individu di kedai terbabit.

Menurutnya, dua penjenayah terbabit dianggarkan berketinggian 160 sentimeter hingga 165 sentimeter, katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Katanya lagi, menerusi rakaman video, seorang suspek memakai topi berbadan kurus dan seorang lagi menutup muka dengan kain hitam dengan badan berisi dilihat tiba-tiba meluru masuk ke dalam kedai.
Salah seorang lelaki terbabit kemudiannya meletakkan pisau di leher seorang mangsa manakala seorang lagi mengambil sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM500 sebelum bertindak melarikan diri.

Justeru, polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat jika terlihat suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


Tag: Lahad Datu, polis, mangsa, suspek, samun, samun bersenjata



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.