Polis sedang memburu seorang lelaki yang melarikan diri dengan sebuah kenderaan MPV polis dalam kejadian di Taman Perindustrian Batu Caves dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata dalam kejadian 5.30 pagi itu, anggota polis yang menerima maklumat mengenai kejadian pecah masuk sebuah gudang, berjaya menahan lelaki berumur 33 tahun itu di lokasi kejadian.
"Suspek memecah masuk gudang bersama-sama anak saudara lelakinya yang berusia 20 tahun. Selepas mendapat laporan berhubung kejadian itu, pasukan MPV polis segera ke tempat kejadian sebelum dapat memberkas suspek.
"Bagaimanapun, suspek dapat melarikan diri dengan kenderaan MPV polis apabila seorang anggota yang ketika itu bersama suspek, keluar daripada MPV itu untuk mengesan suspek lain di dalam gudang tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.
"Setengah jam selepas kejadian itu, polis mengesan MPV berkenaan yang ditinggalkan suspek di tepi lebuh raya Latar (Kuala Lumpur-Kuala Selangor)," katanya.
Ali berkata pihaknya melakukan siasatan terperinci termasuk meneliti prosedur operasi standard (SOP) anggotanya bagi menyiasat punca suspek dapat meloloskan diri menggunakan kenderaan polis.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 222 dan 223 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2017
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata dalam kejadian 5.30 pagi itu, anggota polis yang menerima maklumat mengenai kejadian pecah masuk sebuah gudang, berjaya menahan lelaki berumur 33 tahun itu di lokasi kejadian.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas ditemukan selamat
Mangsa diselamatkan oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada jarak kira-kira lima batu nautika dari lokasi pencarian, di sekitar perairan Tumpat.
Lelaki baling batu ke arah ibu pejabat Pas ditahan
Difahamkan lelaki berkenaan berbuat demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan parti Pas, dari segi kerjasama politik.
Jangan ambil mudah kanser hidung - Pakar
Ia selalu menjangkiti mereka yang berusia lebih daripada 50 tahun terutamanya kaum lelaki dan yang mempunyai sejarah keluarga menghidap NPC.
Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh kerusi bayi
Sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kejadian itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan.
JKM cari waris kanak-kanak lelaki
Kanak-kanak lelaki itu ditinggalkan ibunya di rumah pengasuh di Taman Desa Kundang, Rawang.
Lelaki dilaporkan hilang di Hutan Gunung Senyum
BBP Jengka memaklumkan sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pemanggil yang melaporkan kejadian lelaki hilang itu.
Indonesia kesan kes pertama cacar monyet
Lelaki itu berada dalam keadaan baik dan hanya menunjukkan gejala ringan serta sedang menjalani kuarantin di rumah.
Kerajaan kaji perluas SKSSR kepada 'suri rumah lelaki' - Saravanan
Saravanan berkata, kerajaan bagaimanapun perlu mengenal pasti jumlah sebenar lelaki di negara ini yang menjadi suri rumah.
Polis buru dua kumpulan lelaki merusuh di kedai makan
Pergaduhan melibatkan 15 hingga 20 individu itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham berhubung isu parkir kenderaan.
Lelaki nyaris tertimbus ketika buat kerja pembaikan paip
Seorang lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas apabila separuh badannya tertimbus dalam lubang ketika melakukan kerja pembaikan paip di Laman View Cyberjaya , sini, petang ini.