KUANTAN: Polis Pahang mencadangkan tindakan kompaun dikenakan terhadap sekolah yang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga mencetuskan kluster baharu COVID-19 di institusi pendidikan tersebut.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Task Force COVID-19 negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam masa terdekat.
"Polis seboleh-bolehnya tidak mahu mengeluarkan kompaun, namun tindakan ini dilihat sebagai langkah terakhir kita memastikan semua pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya supaya tidak berlaku kluster baharu di sekolah.
"Selain polis dan pihak sekolah, ibu bapa juga perlu peka dengan situasi anak. Jika mereka bergejala atau tidak sihat, jangan benarkan anak ke sekolah kerana ia berisiko mengakibatkan perkara tidak diingini yang seterusnya menyukarkan pihak lain," katanya.
Abd Jalil berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Permuafakatan Polis Pahang bersama Jabatan Pendidikan Pahang di sini hari ini yang dipengerusikan bersama dengan Pengarah Pendidikan negeri Mohammad Rosli Abdul Rahman.
Bagi membantu pematuhan SOP di sekolah, Abd Jalil berkata unit rondaan bermotosikal (URB) dan kereta peronda (MPV) akan ditempatkan pada waktu puncak, iaitu balik dan pulang bagi membantu pegawai perhubungan sekolah mengawasi keadaan.
Pada perkembangan lain, Abd Jalil berkata kesalahan trafik merupakan kesalahan paling banyak melibatkan pelajar sekolah di Pahang diikuti kesalahan berkaitan dadah dan kesalahan seksual manakala masalah gengsterisme antara paling kurang berlaku.
"Kesalahan trafik paling tinggi ialah tidak mempunyai lesen...kita akan bekerjasama dengan pihak berkaitan mencari kaedah menawarkan harga lebih murah kepada mereka yang ingin mengambil lesen.
"Bagi kesalahan berkaitan dadah, kita dapati kebanyakan pelajar terlibat dengan air ketum kerana harganya lebih murah. Mesyuarat hari ini bersetuju penekanan isu ini diberikan kepada sekolah di kawasan tanah rancangan kerana banyak berlaku di situ," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021
Polis Pahang mencadangkan tindakan kompaun dikenakan terhadap sekolah yang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga mencetuskan kluster baharu COVID-19 di institusi pendidikan tersebut. - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.
PRN: Sekolah siap sedia dijadikan pusat pengundian - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sekolah yang bakal dijadikan pusat pengundian di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah berada dalam keadaan siap siaga.