Susulan kes bunuh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malek, polis mula mengedarkan lakaran wajah suspek kes tersebut.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin memaklumkan, suspek dipercayai individu yang memberi salam kepada mangsa, sebelum rakan suspek melepaskan tiga das tembakan.

Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan polis percaya kes tersebut akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Suspek juga bertubuh sasa, berkulit sawa matang, rambut dan misai beruban.

Sharifudin memberitahun lakaran tersebut adalah 70 peratus tepat berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Sehubungan itu,polis meminta orang ramai yang mempunya maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 095132222 atau Bilik Gerakan IPD Kuantan di 095142999.

Dalam kejadian pada Ahad, Ahmad Raffli mati di hadapan rumahnya, selepas terkena dua das tembakan di dada.