Polis Johor memburu empat lelaki berusia antara 30 dan 48 tahun yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah kekerasan dan gangsterisme di daerah Kluang.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mereka ialah K. Rajoo atau dikenali sebagai Ah Kun, beralamat di No 24, Jalan Perwira Jaya 1, Taman Perwira Jaya, Kluang dan M. Jeyamurugan atau Kendeh beralamat di No 8, Jalan Berlian 4, Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam.

Dua lagi lelaki ialah M. Rajenderen atau dikenali sebagai Rajen beralamat di No 5, Jalan Berlian 4, Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam dan R. Gopiraj atau dikenali sebagai Gopi beralamat di No 21, Jalan Koko, Taman Lian Seng, Kluang.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan individu-individu ini, diminta berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang," katanya dalam kenyataan di sini malam Ahad.

Beliau berkata mereka yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai kesemua lelaki berkenaan diminta menghubungi ASP Yusuf Othman di nombor talian 07-778 4222 sambungan 4215.