Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan tiga lelaki dan merampas 29 tong berisi 600 liter petrol dipercayai cuba diseludup ke negara jiran awal pagi hari ini.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata ketiga-tiga lelaki berumur di antara 17 dan 53 tahun itu ditahan bersama bahan api berkenaan dalam sebuah bot pam di perairan Pulau Gaya, dekat sini kira-kira pukul 1.10 pagi.

"Anggota PPM yang menjalankan tugas khas menggunakan bot samaran telah menahan sebuah bot pam di kawasan perairan berkenaan. Apabila diperiksa terdapat 29 tong pelbagai saiz berisi 600 liter petrol," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bahan api berkenaan cuba diseludup ke Filipina.

Tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut di Akta Kastam 1967, katanya.