Polis menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa pasukan polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Jalan Raja Chulan di sini petang semalam, berhubung pemindahan barangan mewah dipercayai milik isteri bekas perdana menteri.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya sedang menyiasat secara terperinci dakwaan itu selepas menerima laporan daripada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tengah hari semalam.
"Pihak polis telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan rapi dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukannya melakukan serbuan.
"Laporan berita Reuters dan beberapa portal adalah palsu dan tidak benar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Mazlan berkata pihaknya juga telah merakam keterangan beberapa anggota polis bantuan di apartmen itu bagi membantu siasatan mengenai dakwaan terdapat maklumat dan rakaman video menunjukkan kira-kira 50 tas tangan Birkin dipindahkan daripada sebuah van ke beberapa unit apartmen itu.
BACA: 'Beri polis siasat laporan serbuan kondominium mewah' - Ketua Polis KL
Mazlan berkata beliau akan membuat laporan mengenai berita palsu yang melaporkan serbuan susulan kes itu dan mempersoalkan siapakah sumber polis yang dipetik dalam laporan berkenaan.
Malam tadi, sebuah agensi berita asing melaporkan kira-kira 20 anggota dan pegawai polis membuat serbuan di apartmen itu petang semalam susulan laporan yang diterima mengenai pemindahan barangan terbabit.
Tinjauan Bernama di lokasi berkenaan mendapati kira-kira 10 petugas media tempatan berkumpul di hadapan apartmen itu lewat malam tadi bagi membuat liputan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 13 2018
Mazlan berkata beliau akan membuat laporan mengenai berita palsu yang melaporkan serbuan susulan kes itu dan mempersoalkan siapakah sumber polis yang dipetik dalam laporan berkenaan. - Gambar fail
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Polis buru suspek kes samun, cabul
Polis giat mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cabul dan samun seorang pembantu tadbir di sebuah apartmen di sini, pada Selasa.
Teknik tanam timun dalam pasu gantung, lebih mudah untuk dituai
Bagi anda yang tinggal di apartmen dan mempunyai kekangan ruang, tak menjadi masalah jika anda ikut teknik tanaman timun di dalam pasu gantung ini.
Wanita maut jatuh dari tingkat 15
Polis menerima aduan daripada orang awam berkaitan kejadian pada jam 5.43 petang.
Wanita alami masalah mental, maut terjauh dari tingkat tujuh
kejadian disyaki berpunca daripada tekanan perasaan yang dialami mangsa sejak Januari 2021.
Komander kanan Hamas, tiga anggota Jihad Islam terbunuh
Selain Iyad Fathi yang mengetuai sebuah unit misil antikereta kebal, tiga komander kanan daripada Jihad Islam iaitu kumpulan pejuang Palestin dikatakan turut terbunuh.
COVID-19: Pengurusan kondominum, apartmen boleh arah penghuni buat saringan - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, peraturan itu bagi menjaga keselamatan penghuni di kawasan perumahan tersebut.
Apartmen tiga tingkat runtuh, enam disahkan terkorban
Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian bagi mencari mangsa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat itu.
Campak cucu dari apartmen: Lelaki Nigeria dipercayai ada masalah mental - Polis
Maklumat itu diperolehi hasil keterangan keluarga dan rakan suspek berusia 42 tahun itu.
Warga emas maut kenderaan terjunam dari tingkat tiga
Seorang warga emas berusia 63 tahun maut selepas kenderaan dipandunya terjunam dari tingkat tiga.
Pembeli teruja apartmen dijanjikan landskap tasik buatan cantik... Rupa-rupanya...
Paparan imej dari sudut tinggi menunjukkan seolah-olah terdapat sebuah landskap taman dengan tasik membiru di ruang antara menara-menara blok.