"Lain yang dicari, lain pula yang dapat".

Itulah yang terjadi kepada sepasukan anggota polis dari cawangan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis daerah Hilir Perak (IPD) apabila menemui beberapa senjata berupa pistol dipercayai buatan sendiri bersama 19 butir peluru dan satu kelongsong.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak Asisten Komisioner R. Ravichandran berkata dalam pihak polis menemui sepucuk pistol dalam sebuah serbuan yang di ketuai oleh Asisten Superintenden Mohd Saufi Hairi Pornomo ke atas sebuah rumah di Kampung Seri Perkasa, Jalan Ferry, Hutan Melintang pada jam 5 petang pada Isnin lepas.

Menurut beliau, serbuan berkenaan dilaksanakan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung aktiviti mencurigakan di rumah berkenaan sejak kebelakangan ini.

Hasil serbuan, Ravichandra berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dan menemui serta merampas satu paket plastik lutsinar berisi bahan di percayai dadah jenis methampetamine seberat 2.82 gram sebelum menemui pistol berkenaan.

"Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala ujian saringan menunjukkan positif dadah amphetamine.

"Kes akan disiasat di bawah seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1071 dan seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun serta denda dan sebatan sehingga 6 kali.

Suspek turut disiasat di bawah seksyen 12 (3) akta yang sama dan jika di sabitkan kesalahan boileh di hukum denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehngga lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu sidang akhbar di Bilik Mesyuarat IPD Hilir Perak di sini hari ini.

Turut hadir,Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintenden Yahaya Hassan.

Jelasnya, hasil siasatan susulan berjaya membawa kepada penemuan beberapa lagi senjata buatan sendiri apabila sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hilir Perak yang di ketuai oleh Asisten Superintenden S. Selva Kumar melakukan serbuan ke atsas sebuah rumah di Kuarters Polis Bantuan, Ladang Southern Timur Perak, Hutan Melintang.

Jelas beliau, hasil serbuan itu pihaknya berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia tahun dan merampas satu cocking handle, 1 bipod senjata api, satu balang gas, dua batang besi di syaki untuk buat laras senjata api, satu besi bingkai, tigabatang kayu menyerupaibutt senjata api, satu but terdapat tulisan Styer Mannlincher Ges M.B.H Austria Siri Nombor: M52262 dan satu pucuk senapang angin juga di percayai buatan sendiri.

"Semakan rekod mendapati suspek tidak memiliki sebarang kes jenayah lampau dan ujian saringan turut menunjukan negatif.

"Suspek ditahan reman selama 6 hari mulai semalam sehingga 26hb Disember. Kes akan disiasat di bawah seksyen 8 Akta Senjata 1960 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun dan boleh di kenakan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya lagi.