Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju untuk membantu renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membuat rondaan di dalam hutan.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata kerjasama itu perlu untuk membanteras pemburu haram terutama melibatkan Harimau Malaya selain membantu memusnahkan jerat yang dipasang pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya akan buat pengumuman mengenai operasi bersama dengan polis dalam masa terdekat, manakala kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih dalam peringkat rundingan kerana ia membabitkan isu teknikal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Selamatkan Harimau Malaya di sini pada Sabtu.
Menurut Xavier, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 tidak membenarkan renjer hutan membawa senjata api dan ia sedikit sebanyak membataskan operasi pencegahan pemburu haram lebih-lebih lagi di kawasan yang bersempadan dengan negara jiran.
"Sebagai contoh, penceroboh masuk ke negara ini melalui sempadan Thailand dan Perak untuk memburu harimau. Hutan Royal Belum di Gerik merupakan hutan simpanan yang terbesar dan banyak harimau hidup di hutan itu," katanya.
Xavier berkata sejak 2013 hingga tahun lepas, lebih 1,000 operasi jerat dilaksanakan di seluruh negara yang membawa kepada pemusnahan lebih 3,500 jerat.
"Dalam tempoh tersebut 162 penceroboh telah ditangkap atas pelbagai kesalahan melibatkan kes jenayah hidupan liar dan sepanjang tempoh itu juga 14 ekor harimau telah dijerat dan diburu secara haram," katanya
Mengenai program hari ini, Xavier berkata kerjasama yang dibuat oleh Perhilitan dan AEON bertujuan mendapatkan dana untuk program menyelamatkan Harimau Malaya.
"Ini juga akan membolehkan lebih ramai pegawai perhutanan diletakkan di dalam hutan untuk membuat rondaan, cari dan musnahkan jerat yang dipasang pemburu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2019
GAMBAR FAIL: Dr Xavier Jayakumar (kiri) bersalaman dengan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ketika hadir bagi merasmikan Hari Hidupan Liar Sedunia pada 17 Mac lalu. - BERNAMA
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.