Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas ganja seberat 1.82kg bernilai RM4,400 dalam sebuah kereta di Jalan Ismail, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata suspek berusia 38 tahun itu dipercayai sedang menunggu dalam kereta jenis Perodua Viva di hadapan sebuah rumah untuk urusan menjual dadah berkenaan.
Dalam serbuan 12.45 tengah hari itu, polis menemui dadah berkenaan di tempat duduk belakang kenderaan tersebut, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
"Siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan dari Kuala Lumpur dan dipercayai untuk diedarkan di daerah ini yang boleh menampung kira-kira 1,800 penagih," katanya.
Katanya, lelaki yang tidak bekerja itu, didapati mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah di sini dan di Pedas, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, katanya, ujian air kencing terhadap suspek negatif.
Suspek yang berasal dari Muar itu kini direman sehingga 5 Feb depan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2017
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas ganja seberat 1.82kg bernilai RM4,400 dalam sebuah kereta di Jalan Ismail. - fotoBERNAMA
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
Pemilik premis hiburan, pengunjung dikompaun RM260,000
Seramai 43 pengunjung di sebuah pusat hiburan di sini dikenakan kompaun sebanyak RM235,000, tengah malam tadi.
'Dine-in' ketika PKP, enam individu dikompaun RM20,000
Dalam operasi 12.45 tengah hari itu, lima pelanggan yang sedang makan di premis berkenaan turut dikompaun RM2,000 seorang.
PKP: Pusat hiburan tidak serik kena kompaun langgar SOP
Seramai 90 pengunjung terdiri daripada 51 lelaki dan 39 wanita berusia 20 sehingga 45 tahun dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM430,000.
Usah tularkan 'pembunuh BMW' telah ditangkap - Polis Johor
Viral di media sosial pembunuh BMW telah ditangkap selepas 40 minit kejadian tikam dan langgar hingga maut yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor lewat petang semalam.
Siasatan kes pelajar tahfiz diteruskan
Polis akan meneruskan kertas siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaadafi, April lalu.
Polis rampas 1.82kg ganja dalam kereta
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas ganja seberat 1.82kg bernilai RM4,400 dalam sebuah kereta di Jalan Ismail, di sini, semalam.
Penyebaran fotofit palsu suspek kes bunuh kerani boleh ganggu siasatan - Polis
IPD Muar nafi mengeluarkan fotofit yang tersebar di media sosial untuk mencari suspek kes rompak dan bunuh kerani wanita.
Empat sahabat maut selepas kereta mereka naiki rempuh lori
Empat sahabat maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang membawa barangan sejuk beku dalam satu kemalangan di Kilometer 12 Jalan Muar-Ayer Hitam, hari ini.