Polis Sabah menubuhkan sebuah Pasukan Khas yang akan memantau aktiviti sambutan Hari Raya Aidilfitri di negeri ini agar tidak melanggar Prosedur Standard Operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, walaupun Sabah tiada larangan rentas daerah namun orang ramai dinasihat agar mengehadkan pergerakan pulang ke kampung dalam usaha memutuskan rangkaian COVID-19.
"Polis akan memeriksa rumah yang didapati mempunyai banyak kereta bagi memastikan hanya ahli keluarga sahaja yang berada dalam rumah berkenaan dan tidak melebihi jumlah yang dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan sekatan jalan raya di sini, pada malam Khamis.
Kira-kira 7,000 anggota termasuk Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan agensi lain terlibat dalam pemantauan itu.
Zaini berkata, sekatan dan pemeriksaan di sempadan negeri juga dibuat bagi memastikan tiada pergerakan rentas negeri termasuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Mengenai sekatan jalan raya itu, Zaini berkata ia dijalankan khusus untuk memeriksa kenderaan awam agar mematuhi SOP yang ditetapkan terutamanya kedudukan dan bilangan penumpang dalam setiap kenderaan.
Sekatan itu dijalankan serentak di 21 lokasi seluruh Sabah melibatkan pelbagai agensi antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Dalam operasi itu, 350 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan menahan 20 individu berumur lingkungan 30an, termasuk 15 orang yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan lima lagi atas kesalahan narkotik.
"Jumlah kenderaan termasuk motosikal yang diperiksa ialah 182 buah kenderaan, manakala 528 individu telah diperiksa di semua lokasi sekatan jalan raya malam ini," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Fri May 22 2020
Zaini berkata, sekatan dan pemeriksaan di sempadan negeri juga dibuat bagi memastikan tiada pergerakan rentas negeri. Gambar fail
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya
Rumah pusaka hilang seri, Aidilfitri sepi tanpa Khalid Ali
Suasana menjadi sedikit janggal tanpa watak penghibur yang sentiasa menghiasi kemeriahan Aidilfitri keluarga besar mereka.