Tutup

Polis Sandakan terima tiga laporan, buka dua kertas siasatan

Polis Sandakan terima tiga laporan, buka dua kertas siasatan
Parlimen Sandakan bakal diadakan pilihan raya kecil ekoran penyandangnya Stephen Wong meninggal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac lepas. - Reuters
SANDAKAN: Polis menerima tiga laporan dan membuka dua kertas siasatan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan setakat ini sejak tempoh berkempen bermula pada 27 April lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Sebanyak 65 permit telah dikeluarkan kepada calon yang bertanding untuk mengadakan ceramah umum," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Rabu.

Mohd Azhar juga turut menasihatkan kepada setiap calon supaya mematuhi peraturan dan undang-undang serta syarat dalam permit yang telah diluluskan.
"Berkempenlah secara matang dan profesional jangan melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat seperti menghasut, melakukan khianat terhadap bahan-bahan kempen," katanya.

Buat masa ini lebih 1,000 anggota telah ditempatkan untuk memastikan proses PRK berjalan lancar dengan hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei dan hari mengundi pada 11 Mei.
PRK Sandakan diadakan selepas penyandangnya Datuk Stephen Wong Tien Fatt meninggal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac lepas.

-- BERNAMA


Tag: ketua polis daerah sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin, prk, pilihan raya kecil, prk sandakan, kertas siasatan, salah laku, kempen politik, tempoh kempen, ceramah umum, politik malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.