Polis menyelamatkan tiga wanita warga Indonesia yang dipaksa bekerja tanpa gaji dan dikurung di sebuah kilang di Taman Machang Bubok, di sini sejak lapan bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis mendapat maklumat daripada orang awam yang memaklumkan terjumpa nota daripada tiga pekerja itu meminta tolong kerana sudah tidak tahan dikurung di premis kilang berkenaan.
"Sepasukan polis membuat pemeriksaan di kilang itu pada pukul 10.40 pagi dan menemui tiga wanita berkenaan berusia 21 hingga 25 tahun yang dikurung di sebuah bilik di premis berkenaan. Mereka dalam keadaan ketakutan.
"Mereka yang mempunyai pasport itu meminta tolong dengan mencampakkan sekeping kertas dengan menulis nota 'ibu. Tolong saya, saya mau lari' dan ia dijumpai oleh seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan kilang itu," katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan empat penyelia termasuk dua wanita berusia 21 hingga 66 tahun, seorang daripadanya ibu kepada pemilik kilang berkenaan bagi membantu siasatan di premis berkenaan.
Nik Ros Azhan berkata pemilik kilang membuat sarung bantal itu berada di luar negara kerana urusan perniagaan dan polis akan menahan lelaki itu sebaik dia pulang ke negeri ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, tiga wanita itu mendakwa mereka bekerja di kilang berkenaan sejak lapan bulan lepas namun tidak dibayar gaji malah dikurung di sebuah bilik di situ selepas kerja.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan empat yang ditahan itu kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2017
Tiga wanita itu mendakwa mereka bekerja di kilang berkenaan sejak lapan bulan lepas namun tidak dibayar gaji malah dikurung di sebuah bilik di situ selepas kerja.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Polis selamat tiga wanita Indonesia dikurung
Polis menyelamatkan tiga wanita Indonesia yang dipaksa bekerja tanpa gaji dan dikurung di sebuah kilang di Taman Machang Bubok.