Polis Bukit Aman dari JSJ D7 berjaya menyelamatkan 13 wanita warga asing dari diperdaya untuk menjadi pelacur oleh sindiket di dua lokasi malam tadi.

Wanita asing yang berusia 20-an di temui dalam dua serbuan serentak di Sri Sentosa dan Taman Seputeh di bu negara.

Risikan unit maksiat D7 Bukit Aman itu dilakukan selepas mendapati sindiket itu menggunakan aplikasi Wechat sebagai promosi mereka mencari pelanggan.

Semasa serbuan di lakukan polis terpaksa memecahkan pintu utama di kedua-dua premis kerana di kunci dari dalam oleh sindiket terbabit.

Menurut ketua unit pencegahan D7 Bukit Aman Superintendan Razali Abu Samah, wanita terbabit terpaksa melayan sehingga 16 pelanggan sehari dengan bayaran RM140 untuk khidmat seks.

Turut diselamatkan sembilan wanita warga Vietnam dan empat Thailand yang memiliki pas lawatan sosial.

Kondom dan wang tunai hasil kegiatan itu turut dirampas manakala dua penjaga dan tiga pelanggan ditahan bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka dibawa ke balai polis Sri Petaling dan Travers untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Atipsom.