Polis menahan 40 individu dalam satu operasi besar-besaran membanteras judi termasuk nombor ekor tanpa lesen di sekitar bandar raya ini pada Sabtu.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata tangkapan itu melibatkan warga tempatan dan warga asing, termasuk pembeli nombor ekor, berusia antara 20 dan 55 tahun.
"Pada operasi yang bermula pukul 3 petang itu, polis menggempur 23 premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian termasuk nombor ekor tidak berlesen.
"Kita turut merampas 65 telefon bimbit pelbagai jenama, 32 pencetak mudah alih, dua mesin kira-kira, lapan buku nota, dua pen dan satu kamera litar tertutup," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Wan Ahmad Najmuddin juga berkata pihaknya turut merampas 396 slip kertas nombor ekor serta wang tunai berjumlah RM29,225 dan dolar Singapura $1,157 yang merupakan hasil pendapatan harian penjualan judi itu.
Kesemua yang ditahan diambil tindakan mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000, jika sabit kesalahan.
Mereka juga didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka yang memperuntukan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.
Turut serta dalam operasi berkenaan ialah pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017
Polis menahan 40 individu dalam satu operasi besar-besaran membanteras judi termasuk nombor ekor tanpa lesen di sekitar Johor Bahru. - Gambar hiasan
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Azizan dilantik Pengerusi baharu LTAT, Mohammad Ashraf sebagai Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengumumkan pelantikan Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi baharu dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif.
Dua warga emas maut, kereta terbabas bertembung lori ikan
Perjalanan tiga sahabat untuk belajar agama di sebuah Pusat Pengajian Pondok bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut.
Jentayu dapat kelulusan ambil alih aset Telekosang Hydro, Jentayu Solar
Syarikat senaraian Pasaran Utama, Jentayu Sustainables Bhd menerima kelulusan utama bersyarat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperoleh aset Telekosang Hydro dan Jentayu Solar, yang akan memacu kumpulan itu menjadi pemain tenaga boleh diperbaharui.
LTAT umum pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melantik Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.
BMI unjur harga minyak brent AS$85 setong 2024, AS$82 2025
BMI mengekalkan unjuran semasa harga minyak mentah Brent pada purata US$85 setong bagi 2024, tetapi menyemak semula unjuran bagi 2025 dengan menurunkannya kepada US$82 setong daripada US$84 setong sebelumnya.
SC tingkat standard tatalaku pengantara pasaran modal
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal (Garis Panduan) yang disemak.
PETRONAS dagangan tumpu sektor serbaneka, mobiliti rendah karbon
PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) cabang pemasaran Petronas untuk produk Petroleum dan stesen berperkihdmatan akan memberi tumpuan untuk berkembang kepada sektor serbaneka serta menyediakan penyelesaian mobiliti rendah karbon kepada pelanggannya
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Kaedah ROSA di KPJ kurangkan kecederaan, pendekkan masa pemulihan
Sebanyak 206 prosedur pembedahan ganti sendi lutut berjaya dilakukan menggunakan teknologi canggih Pembantu Pembedahan Robotik (ROSA) di Hospital Pakar KPJ, Kuching sejak Ogos lalu.
Polis Selangor gempur aktiviti perjudian dalam talian
Kesemua tangkapan melibatkan kategori perjudian dalam talian dan loteri awam tanpa lesen.
Akta Rumah Judi terbuka 1953 perlu dipinda kerana ketinggalan zaman - Peguam Negara
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berpendapat Akta Rumah Judi Terbuka 1953 perlu dipinda kerana ia sudah ketinggalan zaman kerana hukuman yang dikenakan kepada pesalah adalah tidak relevan lagi
Akta judi akan dipinda untuk atasi kelicikan kegiatan - TPM
Kerajaan dalam usaha meminda Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi memperluas skop kuasa badan penguatkuasa selaras cabaran membanteras aktiviti perjudian masa kini.
Polis tahan 40 individu terlibat judi di Johor
Polis menahan 40 individu dalam satu operasi besar-besaran membanteras judi termasuk nombor ekor tanpa lesen di sekitar bandar raya ini semalam.