Polis tahan empat lelaki warga India kerana membelasah pemandu e-hailing

Polis tahan empat lelaki warga India  kerana membelasah pemandu e-hailing
Kejadian berpunca apabila mangsa meminta ganti rugi kos minyak daripada suspek yang pada mulanya memesan perkhidmatan mangsa tetapi tiba-tiba membatalkannya. - Gambar hiasan
MIRI: Polis telah menahan empat lelaki warga India yang membelasah seorang pemandu e-hailing sehingga cedera dalam kejadian yang berlaku berhampiran Del Mart Kedai 24 jam, Boulevard di sini pada pukul 1.15 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, kesemua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun itu yang bekerja di sebuah kedai makan di sini telah ditahan pada hari yang sama berikutan laporan dibuat oleh mangsa seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun.

"Mangsa mengalami kecederaan di tangan kiri, kepala serta pipi dan menerima rawatan di Hospital Miri akibat dicederakan menggunakan botol arak,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini sambil menyatakan kes disiasat dibawah seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Lim berkata, mangsa telah dimasukan ke wad bedah bagi merawat luka di lengan sebelah kiri dan menjahit otot lengan yang terkoyak akibat ditikam dengan botol pecah oleh suspek yang ketika kejadian berada di bawah pengaruh alkohol.

" Kejadian berpunca apabila mangsa meminta ganti rugi kos minyak daripada suspek yang pada mulanya memesan perkhidmatan mangsa tetapi tiba-tiba membatalkannya ,"kata beliau.

-- BERNAMA


Tag: India, Miri, polis, mangsa, suspek, minyak, lelaki, Hospital, cedera, e-hailing, belasah, bergaduh



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.