Dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat kes samun ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan polis di Bukit Batu, Jalan Sedenak menghala ke Felda Sayong di sini, awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi itu, pihak polis yang sedang membuat rondaan di Taman Manis dekat sini mengesan sebuah kereta yang mencurigakan.
Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, beliau berkata arahan pihak polis agar suspek memberhentikan kenderaan mereka tidak diendahkan, sebaliknya bertindak merempuh kereta polis dan melarikan diri sebelum dikejar oleh polis sejauh dua kilometer, katanya.
"Kereta yang dinaiki penjenayah itu kemudiannya terbabas dan beberapa das tembakan telah dilepaskan dari kenderaan tersebut.
"Dalam usaha pihak polis mempertahankan diri, kita telah melepaskan beberapa das tembakan," katanya.
Beliau berkata kedua-dua suspek warga asing yang berusia 30-an itu maut di tempat kejadian dan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek menemukan sepucuk revolver, sebilah parang, topeng muka dan sarung tangan.
"Kita percaya suspek-suspek ini adalah mereka yang terlibat dengan kes-kes samun di sekitar Johor terutamanya di kawasan Johor Bahru, Pontian, Kulai dan kawasan sekitar," katanya.
Menurutnya kumpulan yang dianggotai suspek dipercayai terlibat dalam kira-kira 15 kes samun dengan yang terakhir di Pontian, semalam.
Polis kini memburu saki-baki anggota kumpulan itu yang dipercayai aktif menyamun sejak enam bulan lalu, katanya menambah kes disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Mohd Kamarudin berkata setakat ini pada tahun ini, pihaknya menerima laporan kira-kira 50 kes samun melibatkan warga asing di negeri berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 21 2018
Kereta yang dinaiki penjenayah terbabas dan beberapa das tembakan telah dilepaskan dari kenderaan tersebut. - Gambar hiasan
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Polis temukan lima kelongsong peluru dalam kejadian berbalas tembak
Polis menemukan lima kelongsong peluru dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di jalan Bukit Kechik, Napoh, Changlun pada Jumaat.
Penjenayah mati berbalas tembakan dengan polis
Suspek dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat IPK Pulau Pinang di kawasan Machang Bubok.
Keganasan peneroka Israel ke atas penduduk Palestin meningkat - Laporan PBB
Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel.
Pegawai polis cedera ditembak di luar perkarangan lapangan terbang
Seorang pegawai polis cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan penjenayah di luar pekarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City.
Laluan sempadan utama Afghanistan-Pakistan ditutup
Pertikaian yang dikaitkan dengan sempadan sejauh 2,600 kilometer sering menjadi punca perbalahan antara negara berjiran itu.
Dua suspek militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani
Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Daerah Nong Chik, Pattani, selatan Thailand hari ini.
Pemisah serang pos pemeriksaan di Yala
Insiden berbalas tembakan pada awal pagi Ahad itu berlaku di perkampungan Ban Nibong.
Tiga anggota militan maut insiden berbalas tembakan di Narathiwat
Pasukan keselamatan turut merampas senjata dan alat-alat perkhemahan milik kumpulan itu.
Dua penjenayah mati dalam kejadian berbalas tembakan di Gurun
Pemeriksaan lanjut turut menemukan dua pucuk pistol serta pelbagai peralatan pecah rumah di dalam kenderaan dinaiki suspek.
Lapan penyeludup dadah maut berbalas tembakan di sempadan Thailand
Lapan disyaki penyeludup dadah bersenjata maut dan kira-kira 4.5 juta pil methamphetamine dirampas di Chiang Rai.