Badan bukan kerajaan (NGO) BERSIH 2.0 berasa kecewa dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang melabel Himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur sebagai ‘haram’.

Malah dalam laporan akhbar The Star, Zainuddin juga menggesa masyarakat supaya menjauhkan diri dari menyertai himpunan tersebut.

Dalam kenyataan kepada media, BERSIH 2.0 berpendapat bahawa polis tidak boleh berterusan menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk menghentikan sesuatu himpunan itu.

“Hari Pekerja secara tradisinya merupakan sambutan seluruh dunia yang diadakan dengan adanya himpunan dan ini merupakan kebebasan untuk berhimpun seperti yang tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan kuasa undang-undang tertinggi di negara ini,”.

“Kenyataan OCPD itu memberi refleks negatif kepada negara ini dimana kredibiliti demokratik semakin merudum ditambah dengan gangguan dan tekanan kuasa politik walaupun Perdana Menteri pernah menjelaskan bahawa Malaysia merupakan negara demokrasi yang terbaik di dunia,”.

Oleh hal demikian, BERSIH 2.0 menyarankan bahawa polis dapat memberi tahap komitmen yang tinggi dalam memberi laluan kepada himpunan aman 1 Mei ini seperti mana yang akan mereka berikan kepada lawatan sulung Presiden Amerika Syarikat pada Sabtu ini.

Badan NGO itu juga menggalakkan polis supaya polis dapat melihat peranan mereka selari dengan masa dalam menjulang proses demokrasi yang sekian lamanya didukung oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Tribunal Rakyat pada Pilihan Raya ke-13 tahun lalu.

Sementara itu, seramai 30 orang mewakili 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman (ipdk) bagi membantah perhimpunan haram anjuran pembangkang itu.

Mereka yang menamakan kumpulan itu sebagai Gerakan Suara Anak Muda Kemaman (GSAMK) di ketuai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kemaman Mohd Fauzi Mat Adam.

Laporan polis di buat Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira-kira jam 10.00 pagi.

Mohd Fauzi berkata mereka membantah perhimpunan haram yang dirancang pihak pembangkang kerana dianggap haram dan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Program berkenaan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa selepas penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan.

Gerakan Suara Anak Muda Kemaman berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pihak penganjur jika mereka meneruskan perhimpunan bagi mengelakkan perkara buruk berlaku"

Perhimpunan seumpama itu hanya menimbulkan keburukan seperti yang berlaku sebelum ini.

Katanya pihak pembangkang mempunyai saluran sah di parlimen untuk menyatakan pandangan bukannya menerusi perhimpunan haram.

Hari pekerja tidak sepatutnya disalahgunakan bagi tujuan mengadakan perhimpunan haram demi kepentingan politik pihak tertentu,

Sebaliknya digantikan dengan kegiatan lebih berfaedah termasuk meraikan hari bekerja bercuti bersama keluarga.