Polis tumpaskan sindiket seludup rokok putih RM2.49 juta

Polis tumpaskan sindiket seludup rokok putih RM2.49 juta
Rokok putih bernilai RM2.49 juta yang dirampas polis dalam satu serbuan di Sepang pada Rabu. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok haram bernilai RM2.49 juta selepas empat lelaki termasuk rakyat tempatan ditahan dalam satu serbuan di Sepang pada 23 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, serbuan dilakukan Pasukan Gerakan Khas KDNKA pada Rabu.

Tiga lelaki tempatan serta seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia 23 hingga 41 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati, sindiket terbabit aktif melakukan aktiviti penyeludupan di sekitar Lembah Klang.

Turut dirampas dalam serbuan itu, sejumlah 15,200 karton rokok putih pelbagai jenama bernilai RM2.492 juta serta sebuah lori lima tan dan sebuah kenderaan jenis Alza milik suspek.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 30 Oktober depan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.


Tag: GERAKAN, Bukit Aman, Klang, Bangladesh, Sepang, kastam, sindiket, keselamatan, rakyat, siasatan, lelaki, suspek, haram



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.