Tutup

Poll: Hukuman mandatori sebatan dan penjara untuk peragut

Poll: Hukuman mandatori sebatan dan penjara untuk peragut
Kerajaan digesa untuk mengenakan hukuman mandatori sebatan dan penjara sekurang-kurangnya setahun untuk kesalahan meragut.

Persatuan Kepolisian Masyarakat Malaysia dan 17 badan bukan kerajaan lain berkata, hukuman yang lebih keras itu dapat sedikit sebanyak membendung jenayah ragut di negara ini.

President Persatuan Kepolisian Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, hukuman yang sedia ada dianggap lembut dan kurang berkesan.

Beliau turut menggesa peruntukan hukuman yang menyebut pesalah boleh disebat ditukar kepada pesalah akan disebat sebagai amaran kepada penjenayah.


Buat masa ini, tiada undang-undang khusus bagi jenayah ragut.
Pesalah akan didakwa di bawah Akta Kanun Keseksaan bagi mencuri untuk ragut yang tidak membabitkan kekerasan.

Bagi kes ragut yang membabitkan kekerasan, senjata atau mendatangkan kecederaan, pesalah akan didakwa sebagai jenayah samun.

Hukuman maksima untuk kesalahan ragut tanpa kekerasan yang pertama adalah lima tahun dan tujuh tahun bagi kesalahan berulang.

Manakala bagi kesalahan ragut menggunakan kekerasan, hukuman maksima adalah 20 tahun.