Jabatan Kebajikan Masyarakat mengumumkan sudah mengagihkan bantuan keperluan makanan yang melibatkan seramai 279,223 penerima dan dianggarkan bantuan ini telah memberi manfaat kepada 1,116,892 isi rumah.

Bantuan ini merentasi semua daerah dan negeri termasuk kawasan-kawasan yang didakwa telah dianaktirikan, antaranya daerah Manjung, Kapit, Machang, Simpang Renggam, Port Dickson, Seremban dan Tampin.

Dalam satu kenyataan, JKM memaklumkan permohonan bantuan bakul makanan yang diterima pihaknya adalah daripada pelbagai sumber dan telah ditambah baik dari semasa ke semasa berasaskan aduan yang diterima oleh Bilik Gerakan dan juga rujukan daripada pihak pemimpin masyarakat.

"JKM mempunyai rekod senarai penerima semua bantuan yang telah diagihkan dan akan terus memantau senarai penerima berdasarkan aduan dan rujukan serta sekali gus bertanggungjawab melaporkan rekod keseluruhan senarai penerima termasuk alamat mereka kepada agensi pusat," jelas kenyataan itu.

JKM turut mengalu-alukan semua pihak termasuk Ahli Parlimen untuk mengemukakan aduan dan rujukan sekiranya dikenalpasti terdapat pihak yang memerlukan bantuan, khususnya mereka yang terputus pendapatan harian sepanjang tempoh PKP serta belum pernah menerima sebarang bantuan.

Aduan boleh dikemukakan ke Bilik Gerakan di talian 03-83231996.

Bantuan ini merentasi semua daerah dan negeri termasuk kawasan-kawasan yang didakwa telah dianaktirikan.  Antaranya di daerah Manjung, Kapit, Machang, Simpang Renggam, Port Dickson, Seremban dan Tampin.

Bantuan ini merentasi semua daerah dan negeri termasuk kawasan-kawasan yang didakwa telah dianaktirikan.  Antaranya di daerah Manjung, Kapit, Machang, Simpang Renggam, Port Dickson, Seremban dan Tampin.