KUALA LUMPUR:Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu pada hari ini sehingga 26 Jan seperti yang tular di media sosial.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 10 malam ini.

Sehubungan itu, MKN meminta orang untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, pemeriksaan Astro AWANI turut mendapati, satu lagi mesej palsu yang tular adalah poster kononnya MKN bersetuju melaksanakan PKP di seluruh Kedah bermula 18 hingga 31 Januari.