Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pengendali perkhidmatan rel bandar dan bas henti-henti serta perkhidmatan Rapid Ferry, akan beroperasi mengikut waktu normal dari 6 pagi sehingga tengah malam mulai Isnin ini.
Langkah itu susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat bahawa kerajaan memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat serta prosedur yang ketat.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi) Muhammad Nizam Alias berkata sehubungan itu, bagi menggalakkan amalan jarakan sosial di dalam tren dan bas, perjalanan waktu puncak dipanjangkan dari 7 pagi hingga 11 pagi pada sebelah pagi dan 4 petang hingga 7 malam pada sebelah petang bagi semua perkhidmatan.
"Ini bermakna kekerapan tren yang lebih tinggi pada waktu-waktu ini," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kekerapan waktu puncak pagi dan petang untuk LRT Laluan Kelana Jaya adalah tiga minit dan bagi LRT Laluan Ampang/Sri Petaling enam minit manakala perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang mempunyai kekerapan waktu puncak empat minit dan perkhidmatan monorel pula beroperasi dengan kekerapan enam minit.
Muhammad Nizam berkata pihaknya akan menempatkan staf tambahan untuk mengawal penumpang di pintu masuk stesen dan di platform bagi memastikan jarakan sosial di dalam tren.
"Ini adalah sesuatu yang amat mencabar. Kami mohon agar semua penumpang memberikan kerjasama rapat dengan staf kami dalam menjalankan tugas mereka. Kuasa untuk meneruskan usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19 adalah di tangan orang ramai dan para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Anda mesti bersedia melakukan jarakan sosial secara sukarela dan menyokong satu sama lain," katanya.
Beliau juga berkata tren dan bas akan memiliki tanda-tanda khas untuk membantu urusan jarakan sosial dan bagi mendapatkan jarak yang sesuai, tren akan menampung 50 peratus penumpang daripada kapasiti penuh untuk rel dan 30 peratus untuk bas.
Para penumpang tren, bas dan feri dinasihati agar sentiasa memakai penutup hidung dan mulut selain mengamalkan penjagaan kesihatan peribadi khususnya mencuci tangan dengan pensanitasi tangan yang akan diletakkan di semua stesen LRT, MRT, monorel dan BRT, hab bas serta pangkalan feri.
Muhammad Nizam berkata kerja-kerja membasmi kuman di dalam tren dan bas kendalian Prasarana serta feri, termasuk di stesen dan hab bas, akan diteruskan.
Beliau berkata staf yang bertugas khususnya kapten bas, anggota polis bantuan dan kakitangan stesen akan turut diperiksa suhu badan masing-masing sebelum dibenarkan memulakan kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 01 2020
Perkhidmatan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi mengikut waktu normal 6 pagi hingga tengah malam. - Foto Bernama
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.
Pemandu maut, bas rempuh belakang lori
Seorang pemandu maut selepas bas dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi ini.
Penduduk UK terkejut kuda cuba naik bas
Kuda itu dilihat dibantu oleh dua lelaki memakai jaket kuning untuk memanjat tangga kenderaan awam tersebut.
PRN: Pas minta SPR sedia bas bantu pengundi luar balik mengundi
SPR diminta menyediakan perkhidmatan bas bagi membolehkan pengundi luar pulang mengundi semasa pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Sekurang-kurangnya 25 maut kebakaran bas
Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala lapan lagi penumpang cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbakar di barat India awal Sabtu.
Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.
Prasarana belanja RM2.8 bilion tambah baik tren, bas
Prasarana Malaysia Bhd akan membelanjakan sejumlah RM2.8 bilion untuk alat gantian tren dan menambah bilangan tren serta bas.