Presiden Kolej Dar Al-Hikmah, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1440H/2018M.
Pengerusi Panel Majlis Perundingan Islam (MPI) itu menerima hadiah wang tunai RM100,000 dan pingat serta sijil penghargaan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1440H/2018M di Masjid Wilayah Persekutuan, malam tadi.
Ditemui pemberita kemudian, Siddiq berkata beliau berasa amat terharu dan 'kerdil' apabila dianugerahi penghormatan itu.
"Saya berasa kerdil dan takut, tapi saya beranikan diri untuk menerimanya dengan semangat untuk mewakili para daie (pendakwah), ilmuwan dan pendidik yang telah lakukan amal soleh (bekerja) tanpa mengharapkan balasan.
"Selagi hayat dikandung badan, saya akan teruskan menegakkan syiar Islam dan ajaran Islam bersama prinsip dan nilainya," katanya.
Siddiq turut menasihati masyarakat agar sentiasa positif dan menerima perbezaan kaum di negara ini.
"Perbezaan itu bukan masalah, sebaliknya individu itu yang bermasalah dan gagal menyingkap di sebalik perbezaan itu, misalnya sebuah pasukan akan lebih kuat jika terdapat kepelbagaian di dalamnya," katanya.
Siddiq pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijah peringkat Negeri Perak pada sambutan Maal Hijrah 1427H/2016M.
Sepanjang tempoh 2006 hingga 2017, seramai 19 individu daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya dikurniakan anugerah itu antaranya bekas Ketua Menteri Sabah Tun Sakaran Dandai (1439H/2017M) dan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (1432H/2010M).
Di SHAH ALAM, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1440H Negeri Selangor pada sambutan yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Ambrin, 69, menerima wang tunai RM20,000, trofi Maal Hijrah, sijil penghargaan, sepersalinan pakaian serta pakej mengerjakan umrah yang disampaikan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah mewakili Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis sambutan berkenaan.
Ambrin yang juga Anggota Dewan Diraja Selangor, ketika ditemui pemberita menyifatkan anugerah itu menerbitkan rasa istiqamah untuk terus berusaha menyumbang kepada pembangunan negara dan membaiki kelemahan.
"Semasa bekerja dulu (Ketua Audit Negara) banyak masalah saya cuba ketengahkan. Saya berharap penjawat awam dapat mengambil iktibar daripada laporan audit yang dikeluarkan.
"Kita bukan saja kena bertanggungjawab terhadap bos, dengan kerja kita tetapi juga sentiasa beringat bahawa ia adalah amanah Allah," katanya yang kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara.
Sementara itu, penceramah bertauliah JAIS, Danial Hakim Boey Abdullah @ Boey Kong Yuen, 56, menerima anugerah 'Tokoh Saudara Kita' sebagai menghargai sumbangannya yang banyak menyantuni mualaf di sekitar Selangor menerusi kelas-kelas pengajian dan bimbingan.
Danial Hakim juga melakukan dakwah kepada golongan bukan Islam dan dakwah perbandingan agama di masjid serta surau di negeri ini.
Tokoh Aktivis Masyarakat pula diberikan kepada Abdul Aziz Abu Bakar, 52, atas jasanya mengetuai misi kemanusiaan di bawah Majlis Perundingan Islam Malaysia antaranya ke Syria, Lubnan, Jordan, Bangladesh dan Myanmar.
Selain itu, pasangan Mohd Salleh Ashaari, 76, dan Ruslawati Mat Isa, 53, dianugerahi Tokoh Keluarga Mithali atas kejayaan mereka mendidik lima anak sehingga ke menara gading dan menjawat jawatan penting dalam sektor kerajaan dan swasta.
Mereka masing-masing menerima wang tunai RM10,000, sijil penghargaan, trofi Maal Hijrah serta pakej mengerjakan umrah.
Pertubuhan Aman Palestin Berhad pula diiktiraf menerima Anugerah Pertubuhan Dakwah Sukarela dan membawa pulang wang tunai RM10,000, sijil penghargaan, trofi Maal Hijrah serta buku-buku ilmiah.
Sementara itu, di TUMPAT, Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan Datuk Hassan Mohamood dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan 1440 Hijrah.
Di SEREMBAN, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Allayarham Datuk Mustafa Ahmad dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri.
Anugerah disampaikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kepada anak Allahyarham, Muhammad Hilal pada majlis sambutan yang diadakan di Masjid Negeri, malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 10 2018
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Datuk Dr Siddiq Fadzil pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 2018/1440 Hijrah di Masjid Wilayah Persekutuan malam tadi. --fotoBERNAMA
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Julai 2023.
Maal Hijrah: PM Anwar harap semua pihak perbaharui azam, tekad kukuh solidariti umat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Malaysia dapat memperbaharui azam untuk mengukuhkan lagi perpaduan sempena kedatangan tahun baharu hijrah.
Sultan Kedah gesa umat Islam tidak bangkit isu gugat perpaduan ummah
Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menggesa umat Islam agar tidak membangkitkan isu yang boleh menggugat perpaduan ummah.
Maal Hijrah 1445H: Tingkat azam pupuk visi, misi hidup lebih baik - Menteri Kabinet
Beberapa lagi Menteri Kabinet hari ini merakamkan ucapan sambutan Maal Hijrah di laman media sosial masing-masing yang antara lain berharap umat Islam berazam menjadi manusia yang lebih baik serta mem
Jauhi sifat hasad dengki, fitnah, prasangka - Agong
Yang di-Pertuan Agong seru semangat kesatuan, perpaduan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan adat resam diterapkan di Malaysia.
Maksud bacaan doa akhir tahun, awal tahun baharu Hijrah
Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.
PM mahu Malaysia dipertahankan daripada anasir perkauman
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dipertahankan daripada anasir perkauman yang memecah-belah.
Jadikan Maal Hijrah sebagai momentum semangat perpaduan - Ahmad Zahid
Semua umat Islam dan rakyat Malaysia secara amnya perlu menjadikan sambutan Maal Hijrah sebagai momentum menghidupkan semangat perpaduan.
6,000 tetamu dijangka hadir Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan esok
Seramai 6,000 tetamu dijangka hadir bagi menyambut Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2023/1445 yang bertemakan Perpaduan Teras Malaysia MADANI di Pusat Dagangan Dunia, di sini, esok.
Maal Hijrah: 'Jadikan 1 Hijrah 1444 titik perubahan' - Sultan Nazrin
Dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, seluruh dunia, khususnya Malaysia telah menyaksikan pelbagai peristiwa.