Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu rakyat bangkit dan tunjukkan kebijaksanaan mereka memilih, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Rantau pada 13 April ini.
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan bahawa PRK berkenaan hanya diadakan semula selepas Pakatan Harapan tidak dibenarkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei tahun lepas.
Beliau yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, biarpun negara luar memuji peralihan kuasa secara aman pada PRU berkenaan, namun tidak dapat dinafikan ada tempat yang berlaku tidak adil.
"Sekarang kita perbetulkan balik...Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) dulu dia menteri besar, orang yang berkuasa dia rasa dia tak akan ada ugutan, tidak akan jadi apa-apa," katanya ketika berucap di ceramah kelompok di Kampung Sri Lalang, di sini, malam tadi.
Turut hadir calon PH bagi PRK DUN Rantau Dr S Streram dan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew.
Dr Wan Azizah akui mereka bertanding sebagai 'underdog', dan DUN berkenaan adalah kubu kuat Mohamad yang akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada kali ini.
"Kita tampilkan calon kita untuk beri khidmat terbaik, kita rayu, kita mohon undilah calon kita," katanya.
Beliau menarik perhatian Dr Streram yang juga seorang doktor, sepertimana beliau dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dapat memberi nilai tambah kepada perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat Rantau sekiranya dipilih.
PRK Rantau akan diadakan pada 13 April ini dengan Dr Streram akan dicabar Mohamad dan dua calon bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2019
Dr Wan Azizah (berdiri, kiri) berucap ketika membuat lawatan di Kampung Sri Lalang sempena PRK DUN Rantau hari ini. Turut hadir, Dr S Streram (duduk empat, kiri). --fotoBERNAMA
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Pelanggaran pada struktur titik kritikal mungkin sebabkan nahas helikopter - Pakar
Titik kritikal sesebuah pesawat yang terjejas akan akibatkan struktur pesawat merekah secara cepat sekali gus menyebabkan ia kehilangan aerodinamik.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Keputusan SPMU pada 12 Okt
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Okt ini.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
PRK DUN Pelangai: BN Pahang senaraikan enam calon berkaliber
Difahamkan antara nama yang berada dalam senarai tersebut adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Jamaludin Buyong.