Tutup

PRK Tanjung Piai: Elak langgar undang-undang dan peraturan SPRM

PRK Tanjung Piai: Elak langgar undang-undang dan peraturan SPRM
Jelas kenyataan itu, pematuhan undang-undang itu adalah selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). -Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan semua calon dan parti politik yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P165 Parlimen Tanjung Piai agar mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Perkara itu dimaklumkan oleh SPRM menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Sabtu, yang juga merupakan Hari Penamaan Calon bagi PRK Tanjung Piai.
Jelas kenyataan itu, pematuhan undang-undang itu adalah selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

Kata SPRM, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dalam penyelarasan dan pemantauan.
“SPRM akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan PRK P165 Parlimen Tanjung Piai yang bakal berlangsung bebas daripada aktiviti rasuah.

“SPRM hari ini juga telah melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan sebarang perbuatan rasuah atau salah guna kuasa jika berlaku pada PRK P165 Parlimen Tanjung Piai,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, SPRM juga memaklumkan lokasi bilik gerakan PRK P165 Parlimen Tanjung Piai, yang beroperasi 24 jam.

“Ia ditempatkan di Kompleks Pejabat SPRM Johor, Jalan Persiaran Tanjung, Peti Surat 6000, 81200 Tampoi, Johor Bahru,” jelasnya.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau aduan menerusi e-mel dan hantar ke prktanjungpiai@sprm.gov.my atau menghubungi talian 07-213 600/07-213 6170 atau 019-654 4680 atau faks 07-2356982, sekiranya mempunyai maklumat berkaitan aktiviti rasuah sepanjang pilihan raya tersebut.


Tag: SPRM, Suruhanjaya Pilihan Raya, Johor Bahru, Parlimen, pilihan raya, rasuah, politik, pilihan raya kecil, calon, undang-undang, Polis Diraja Malaysia, Malaysia, PRK Tanjung Piai, Tanjung Piai Memilih



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.