Tutup

PRK Tanjung Piai: SPR mesyuarat 1 Oktober bincang tarikh penting

PRK Tanjung Piai: SPR mesyuarat 1 Oktober bincang tarikh penting
Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan Datuk Azhar Azizan Harun yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Selasa 1 Oktober bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.165 Tanjung Piai, Johor.

Menerusi satu kenyataan, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata mesyuarat tersebut akan diadakan pada jam 10 pagi di ibu pejabat SPR dan akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun.
“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan Datuk Azhar Azizan Harun yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mohamed Elias berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi mengenai kekosongan luar jangka kerusi parlimen tersebut susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada 21 September lalu.


Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pontian.

BACA: PH perlu pertahankan kerusi Tanjung Piai - Loke

BACA: PRK Tanjung Piai: UMNO bincang dulu dengan rakan komponen

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham yang bertanding atas tiket PKR menang dengan undi 21,255 selepas mengalahkan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas.





Tag: SPR, PRK Tanjung Piai, Pilihan Raya Kecil, Suruhanjaya Pilihan Raya, Md Farid Md Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mesyuarat Khas



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.