Sejumlah 200 juta ringgit diperuntukkan dalam bajet 2013 bagi Program Saringan Kesihatan (PSK) kendalian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ia bagi mengesan dan mencegah penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal serta persediaan bagi menjalani rawatan susulan.

PERKESO sebelum ini mentadbir dan menguruskan dua jenis skim utama iaitu skim bencana pekerjaan dan skim pencen ILAT.

Bagi skim bencana pekerjaan, ia melibatkan pencarum berdepan kemalangan sewaktu bekerja dalam perjalanan pergi dan balik bekerja serta ketika waktu rehat yang dibenarkan.

Untuk skim pencen ILAT, ia melibatkan keadaan seseorang pekerja itu mengalami penyakit sehingga mereka tidak boleh mereka tidak boleh melakukan pekerjaan serta sebarang kematian yang berlaku bukan disebabkan oleh bencana pekerjaan.

Skim terbaru menerusi program HSP membolehkan pencarum membuat persediaan awal dalam aspek kesihatan pada usia 40 tahun bagi mengenalpasti taraf kesihatan gaya hidup mereka.

Selain untuk terus kekal sihat, program yang diterajui PERKESO itu penting dalam menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan modal insan negara.

Justeru 1.4 juta pencarum yang layak disaran menikmati kemudahan ini melalui hampir 3000 panel klinik yang dilantik.