Program Sentuhan Rakyat Parlimen Tanah Merah semalam mencatatkan memperolehi hasil jualan lebih RM464,000.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun, jualan Sentuhan Rakyat sehari sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi sejarah apabila mencatatkan jualan tertinggi berbanding negeri lain sepanjang program berkenaan dianjurkan.

Katanya program itu yang diadakan di sebuah padang sekolah dengan kehadiran orang ramai lebih 50,000 orang.

"Jumlah perolehan jualan sentuhan rakyat semalam lebih RM464,000 paling tinggi setakat ini, mengatasi jumlah jualan pada program sama di Kedah. Ini suatu yang membanggakan," katanya kepada Astro Awani.

Pelbagai jenis barangan keperluan dijual pada program berkenaan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Semalam program jualan sentuhan rakyat Parlimen Tanah Merah dirasmikan oleh Ahmad Zahid.