Tutup

Program Subisidi Petrol dilaksana 1 Januari 2020

Program Subisidi Petrol dilaksana 1 Januari 2020
Dijangka seramai 2.9 juta bakal menerima manfaat daripada program subsidi tersebut. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Program Subisidi Petrol akan dilaksanakan pada 1 Januari 2020, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Melalui program itu, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali, katanya.

Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal, katanya pada sidang media mengenai Program Subsidi Petrol di sini hari ini.

Dijangka seramai 2.9 juta bakal menerima manfaat daripada program subsidi tersebut, katanya.
--BERNAMA



Tag: subsidi, Program Subisidi Petrol, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail, Subsidi Petrol, RM30 sebulan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.