Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan seorang lagi pengarah syarikat bagi membantu siasatan berkaitan projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak melibatkan kos sebanyak RM1.25 bilion.

Menurut sumber, pengarah syarikat yang berusia 39 tahun tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 7.45 petang selepas hadir untuk memberi keterangan.

Suspek merupakan individu ketiga yang ditahan SPRM.

Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi SPRM mendapatkan perintah tahanan reman.

BACA: Projek solar: Pengarah syarikat, peguam direman enam hari

BACA: Projek solar, diesel Sarawak: Kementerian laksana siasatan dalaman