Projek Tambah Emas inisiatif bantu atlet OKU

Projek Tambah Emas inisiatif bantu atlet OKU
Dr Wan Azizah berkata kerjasama di antara kerajaan dan pihak swasta perlu diperhebatkan menerusi Projek Tambah Emas. -Bernama
CHERAS: Kerajaan komited dalam memastikan nasib golongan atlet orang kurang upaya (OKU) terus diberi perhatian.

Menurut timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerjasama di antara kerajaan dan pihak swasta perlu diperhebatkan menerusi Projek Tambah Emas.

Jelasnya, ia bagi memastikan lebih banyak kejayaan dikecapi seperti tiga pingat emas dalam Sukan Paralimpik Rio 2016.
“Inisiatif projek 'Tambah Emas' yang diusahakan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menunjukkan bahawa mereka sentiasa memahami situasi kerajaan pada masa kini yang mempunyai sumber yang terhad,” jelasnya.

Dr Wan Azizah berharap pihak korporat dan masyarakat umum akan tampil menyumbang demi masa depan atlet OKU.

“Saya amat berharap pihak korporat dan masyarakat umum akan tampil ke hadapan untuk menyumbang secara ikhlas bagi menyokong inisiatif MPM dalam usaha menambah lebih banyak pingat emas semasa dalam Tokyo 2020 Paralympics.”

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari OKU 2018 anjuran Majlis Paralimpik Malaysia di Cheras pada Ahad.


Tag: Wan Azizah, OKU, Projek Tambah Emas, Majlis Paralimpik Malaysia, Tokyo 2020 Paralympics, Hari OKU 2018


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.