Tidak semua projek yang dibangunkan di negara ini akan dibatalkan, sebaliknya projek yang memberi manfaat terus kepada rakyat ataupun "people centric and high impact project" (berasaskan rakyat dan berimpak tinggi) akan diteruskan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Katanya, bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan taraf hidup rakyat dipelihara, terutama di kawasan luar bandar, ada projek pembangunan yang akan diteruskan.
"Antaranya, seperti pembinaan jalan raya, jambatan, bekalan air, elektrik, keselamatan dan kesihatan, sekolah serta rumah ibadah.
"Sementara projek yang ditangguhkan dan dibatalkan adalah projek mega kerana kemudahan sedia ada masih dapat memenuhi keperluan rakyat... jadi kita rasa perlunya senarai keutamaan," katanya sewaktu menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) tahun 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) tahun 2018, di Parlimen, hari ini.
Sebelum ini dilaporkan bahawa, kerajaan berhasrat membatalkan projek infrastruktur disokong negara China bernilai berbilion ringgit yang dimeterai kerajaan terdahulu dalam usaha kerajaan membebaskan negara daripada hutang.
Pada penggulungan itu, Mohamed Azmin turut berkata, terdapat peruntukkan sebanyak RM31.5 juta kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bakal digunakan untuk tujuan membina dan menaik taraf bangunan serta cadangan lain.
"Kita ada 317 tanah rancangan FELDA di seluruh negara termasuk sekolah agama dan dewan orang ramai. Dengan menggunakan peruntukan yang sama, kita akan gunakan untuk memasang lampu di kawasan FELDA," katanya.
Beliau sebelum ini pernah berkata bahawa, di bawah kerajaan Pakatan Harapan, kementeriannya komited untuk memulihkan FELDA secepat mungkin demi kesejahteraan peneroka selaras matlamat Akta Kemajuan Tanah 1956.
--BERNAMA
Bernama
Tue Aug 14 2018
AZMIN: Kita rasa perlunya senarai keutamaan.
Pembinaan 'water intake' kedua diluluskan tangani isu air di Papar - Hajiji
Ia bagi mengelakkan penerobosan air masin berulang sehingga memaksa penutupan sepenuhnya LRA EWSS.
Musk pertahan diri ambil dadah
ELON Musk menganggap penggunaan dadah oleh dirinya sendiri memberi manfaat kepada pelabur Tesla dalam satu temu bual disiarkan pada Isnin.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang keputusan mengenai kadar faedah
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7350/7390 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195 semasa ditutup semalam.
PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA
PAC mengemukakan lima perkara kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan Hotel St. Regis Langkawi dan projek Perkampungan Tok Senik Resort.
AWANI 7:45 [19/03/2024] - Titah tindakan paling keras | Tangani isu beras | Had laju kekal
- Isu kalimah Allah: Agong murka, TMJ gesa tindakan tegas.
- Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit buat masa ini.
- Skim baharu tangani isu bekalan beras diumum dua tiga hari lagi.
- Cuaca panas, kebenaran khas kepada murid guru berpakaian sukan.
- Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit buat masa ini.
- Skim baharu tangani isu bekalan beras diumum dua tiga hari lagi.
- Cuaca panas, kebenaran khas kepada murid guru berpakaian sukan.
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentang kali pertama
RUU bagi meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri kenaikan tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 8.68 mata kepada 1,544.96 daripada 1,553.64 semasa ditutup pada Isnin.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan sesi libat urus hingga September ini bagi menambah baik Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Dasar Gaji Progresif beri manfaat kepada 1.05 juta pekerja - Rafizi
Pelaksanaan inisiatif itu juga dijangka memberi nilai tambahan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar sebanyak RM3.3 bilion.
MoU Transformasi: Persefahaman kerajaan dan PH banyak manfaat kepada negara, rakyat - Dr Adham
Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan usaha membantu rakyat merupakan asas kepada persetujuan menandatangani MoU tersebut.
Projek yang beri manfaat kepada rakyat akan diteruskan - Azmin
Bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan taraf hidup rakyat dipelihara, terutama di luar bandar, ada projek yang akan diteruskan.