Proses Menteri-Menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) adalah landasan yang sangat baik untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai pembangunan ekonomi dan kewangan Asia-Pasifik serta isu sosio-ekonomi nasional dan serantau, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MoF) yang dikeluarkan malam tadi, beliau juga berkata dalam situasi COVID-19 mengancam sistem kesihatan dan ekonomi di seluruh dunia, anggota APEC telah bertindak balas dengan mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi impak pandemik tersebut.
"Harapan saya adalah agar pertemuan hari ini akan mengutarakan pelbagai cadangan dan buah fikiran untuk kita terus menyokong ekonomi masing-masing dalam menangani pandemik COVID-19," katanya pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan Maya APEC (AVFMM) di MoF, Putrajaya pada Jumaat.
Beliau mempengerusikan mesyuarat tersebut yang telah dihadiri oleh wakil kementerian-kementerian kewangan, bank-bank pusat dan pengawal selia kewangan daripada 21 anggota APEC serta organisasi antarabangsa.
Tema AVFMM yang dianjurkan oleh Malaysia -- Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran: Keterubahan, Keutamaan, Kemajuan -- menggambarkan betapa pentingnya falsafah kemakmuran bersama.
Kesemua anggota APEC telah bekerjasama sebagai satu gabungan dan akan meneruskan kerjasama ini dengan penuh keikhlasan, secara bersepadu dan komprehensif serta berlandaskan prinsip tanggungjawab bersama.
Mesyuarat tersebut, yang dianjurkan buat julung kalinya secara maya, menyediakan sebuah landasan untuk berkongsi dan bertukar idea mengenai intervensi fiskal dan kewangan bagi mengurangkan impak ekonomi berikutan pandemik COVID-19 selain membangunkan ekonomi lebih berdaya tahan.
Sejurus mesyuarat yang bermanfaat itu, barisan perwakilan tertinggi daripada AVFMM mengeluarkan Kenyataan Bersama Menteri-Menteri.
Menurut MoF, kenyataan bersama itu menggariskan bagaimana APEC secara keseluruhan menangani pandemik COVID-19 melalui langkah fiskal dan kewangan yang bertujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian masyarakat serta perniagaan di negara masing-masing.
APEC juga menyedari digitalisasi berperanan penting dalam memastikan integrasi dan keterangkuman kewangan, serta perlunya ada ketersediaan kewangan melalui pembiayaan dan insurans risiko bencana.
Tengku Zafrul berkata Kenyataan Bersama Menteri-Menteri itu menyatakan semangat kerjasama serantau antara anggota APEC serta berharap kerjasama dan komitmen tetap berterusan antara semua anggota APEC kelak.
"Dalam hal ini, saya ingin mengalu-alukan New Zealand selaku Pengerusi seterusnya bagi Proses Menteri-Menteri Kewangan APEC 2021 yang akan datang. Sebagai tuan rumah tahun ini, Malaysia bersedia untuk menghulurkan bantuan dan sokongan kepada Proses Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan pada tahun hadapan," katanya.
Menurut MoF, sebelum mesyuarat AVFMM, Tengku Zafrul juga mempengerusikan Dialog Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), dengan Laporan ABAC 2020 bertajuk Memacu Pemulihan dan Membentuk Semula Perkhidmatan Kewangan Pada Saat Pandemik telah dibentangkan kepada para menteri kewangan APEC.
AVFMM telah dihadiri oleh menteri kewangan APEC, wakil bank-bank pusat, pengerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan 2020, pengarah eksekutif APEC dan para pegawai kanan kewangan anggota APEC.
Turut hadir ialah wakil Bank Pembangunan Asia, Bank Pembangunan Antara Amerika, Tabung Kewangan Antarabangsa, Kumpulan Bank Dunia, Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, ABAC, Unit Sokongan Dasar APEC dan Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik.
Sebanyak 30 peserta menghadiri mesyuarat ini secara dalam talian.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan APEC adalah pada 1999.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 25 2020
Tengku Zafrul berkata Kenyataan Bersama Menteri-Menteri itu menyatakan semangat kerjasama serantau antara anggota APEC serta berharap kerjasama dan komitmen tetap berterusan antara semua anggota APEC kelak. - Foto Sekretariat APEC 2020
PKS, syarikat pemula digalak mohon geran LiKES - TalentCorp
PKS dan syarikat pemula termasuk yang beroperasi di luar bandar digalakkan untuk memohon Geran Padanan Latihan Industri untuk PKS (LiKES).
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Isu Kalimah Allah: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan tegas - Pemangku Sultan Johor
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH.
Penyaluran bantuan pesawah tertakluk kepada penilaian jawankuasa penilai
Penyaluran bantuan kepada pesawah yang terjejas adalah tertakluk kepada penilaian oleh Jawatankuasa Penilai Teknikal Tabung Bencana Tabung Bencana Tanaman Padi.
Tempoh 'bulan madu' hampir tamat, masa pemerintahan sebenar' - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah bahawa tempoh 'bulan madu' akan tamat tidak lama lagi, dan baginda akan memulakan cara pemerintahan yang sebenar.
Argentina terpaksa lupakan Messi
Messi telah diketepikan daripada skuad Argentina untuk perlawanan persahabatan yang akan datang di Amerika Syarikat kerana kecederaan hamstring, kata Persatuan Bola Sepak Argentina.
Skim baharu tangani isu beras diumum minggu ini - Mohamad Sabu
Satu skim baharu bagi menstruktur semula industri padi dan beras tempatan sebagai penyelesaian jangka panjang akan diperkenalkan KPKM dalam masa terdekat.
Notis AWAS banyak dikeluarkan di Lebuh raya PLUS KM382.8 Behrang
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata lokasi paling banyak keluar notis kesalahan AWAS di Lebuhraya PLUS KM382.8 Lebuh Raya-Behrang iaitu sebanyak 98,911 notis pada Jun hingga Disember tahun lalu.
Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup bernilai RM7.92 juta
Kastam Pulau Pinang merampas sembilan juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai.
Empat pemain Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu keresahan akibat pemecahan ekonomi global
Mesyuarat pertama ABAC 2024 beri tumpuan kepada keresahan yang mendalam berkenaan tekanan daripada pemecahan ekonomi global.
APEC tidak boleh goyah dalam menyokong kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Katanya, platform tersebut mesti meningkatkan manfaat perjanjian perdagangan pelbagai hala.
Dunia perlu agenda perubahan, capai kejayaan bersama - MITI
Dunia memerlukan agenda perdagangan baharu yang tidak terikat dengan klise lama.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau
Mesyuarat tiga hari bermula semalam menjadi platform dialog kepada usaha untuk meredakan tekanan ekonomi yang melanda rantau ini.
Anwar kutuk Israel depan Joe Biden
Anwar menggunakan setiap ruang yang ada pada pertemuan tersebut untuk membangkitkan isu penindasan berterusan terhadap rakyat Gaza.
PM Anwar laung seruan selamatkan penduduk Gaza, wakili ekonomi pesat membangun di APEC 2023
Mesej PM di setiap platform mudah dan jelas - pembunuhan dan kekejaman di Gaza perlu dihentikan dan tidak ada pilihan lain lagi.
Malaysia raih pelaburan bernilai RM63.02 bilion di Amerika Syarikat - Anwar
Malaysia telah meraih pelaburan sebanyak RM63.02 bilion bagi cadangan pelaburan di Amerika Syarikat (AS) terutamanya daripada syarikat gergasi teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Amerika Syarikat harus bersikap adil mengenai konflik di Gaza - Anwar
Prinsip keadilan dan hak asasi manusia adalah penting untuk ditegakkan termasuk dalam isu perdagangan global dan pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar suarakan krisis Gaza pada dialog APEC, kejutkan pemimpin ekonomi anggota
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat Israel yang tidak henti-henti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.