Proton Holdings Bhd dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menawarkan pakej pembiayaan istimewa kepada siswazah baharu dan penjawat awam untuk kereta Proton yang terpilih dari 15 Ogos hingga 31 Dis, 2019, yang membolehkan pembiayaan sehingga 100 peratus.
Pengeluar kereta itu berkata pakej tersebut terdiri daripada dua kadar pembiayaan istimewa, iaitu 'An-Naqlu 1' menawarkan 90 peratus pembiayaan bermula pada kadar yang menarik sebanyak 2.88 peratus setahun dan 'An-Naqlu 2' yang menyediakan 100 peratus pembiayaan bermula pada 3.30 peratus setahun.
"Tawaran itu terhad kepada rakyat Malaysia iaitu siswazah baharu berumur antara 20 dan 30 tahun, dan penjawat awam berumur 18 hingga 60 tahun untuk pembelian Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Pengarah Jualan Korporat Proton Fazli Hisham Shukor berkata ini antara banyak kerjasama istimewa yang dirangka syarikat untuk membantu pemilikan yang mudah buat peminat Proton.
"Di bawah skim istimewa ini, Bank Rakyat menawarkan kelulusan pembiayaan yang mudah kepada pelanggan, manakala Proton menjadikannya lebih menarik dengan pakej servis percuma sehingga dua tahun, bergantung kepada model yang mereka pilih.
"Saga ditawarkan dengan servis percuma selama setahun, manakala Persona, Exora dan Iriz selama dua tahun, termasuk upah buruh dan alat ganti percuma," katanya.
Proton berkata pelanggan juga berpeluang meraih manfaat daripada pakej insurans yang dipertingkatkan.
"Mendapat kerjasama Etiqa Takaful dan Zurich Takaful, Program Insurans Proton menyediakan perlindungan istimewa kepada pelanggan yang termasuk perlindungan penjagaan utama, elaun bantuan banjir dan perlindungan untuk semua pemandu, termasuk jaminan sifar lebihan caj untuk kereta Proton sehingga 10 tahun.
"Pelanggan yang berminat dengan pakej pembiayaan istimewa ini boleh mengunjungi semua cawangan Proton di seluruh negara, manakala syarikat yang berminat boleh menghantar permohonan mereka ke [email protected]," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 04 2019
Pelanggan yang berminat dengan pakej pembiayaan istimewa ini boleh mengunjungi semua cawangan Proton di seluruh negara.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Proton, Bank Rakyat tawar skim pembiayaan istimewa kepada siswazah baharu, penjawat awam
Tawaran terhad kepada siswazah rakyat Malaysia baharu berumur antara 20 dan 30 tahun, dan penjawat awam berumur 18 hingga 60 tahun untuk pembelian Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga.