Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) wanita seluruh negara perlu berusaha memahami sepenuhnya pelaksanaan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi membantu kerajaan merangka dasar berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita, Datuk Roosme Hamzah berkata, kumpulan itu pada masa sama disaran membina rangkaian hubungan lebih baik dengan masyarakat khususnya dalam usaha melaksanakan usaha berkenaan.
"Yang pertama anggota PTD ini perlu bergabung dan memahami apakah tugas-tugas mereka dalam membantu kerajaan merealisasikan TN50.
"Mereka mesti faham dan membina networking antara satu sama lain dalam usaha meralisasikan usaha kerajaan menjayakan TN50," katanya dalam sidang media selepas Program Transformasi PTD Wanita "Kebangkitan Wanita Dalam Gagasan TN50" di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Roosme juga mengalu-alukan kumpulan PTD wanita memberikan idea dan pandangan bagi memastikan matlamat TN50 tercapai.
"PTD ini boleh memberi pandangan mereka dalam menghasilkan apa yang pihak kerajaan rangkakan," ujarnya.
Justeru, katanya, Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita akan terus berusaha memastikan TN50 difahami dalam memastikan penglibatan kumpulan itu dalam dasar berkenaan.
"Kadang-kadang kita dengar sahaja TN50, tapi adakah kita nak terlibat dalam merangkakan dasar itu? Itulah tujuan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita ini untuk memberi kesedaran dan mengorak langkah terhadap kesedaran dan usaha untuk sama-sama merealisasikan TN50," katanya lagi.
TN50 dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Januari sebagai satu inisiatif pembangunan negara bagi tahun 2020 hingga 2050.
Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun dan akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.
Rahimah Abdullah
Fri May 05 2017
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita, Datuk Roosme Hamzah berkata, kumpulan itu disaran membina rangkaian hubungan lebih baik dengan masyarakat khususnya dalam usaha melaksanakan usaha berkenaan. - Foto Astro AWANI
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
PM Anwar gesa penjawat awam budayakan nilai murni bersih, cekap dan amanah
Kerajaan memerlukan perkhidmatan awam yang profesional, jujur, amanah dan cekap dalam membantu membuat serta melaksanakan dasar-dasarnya.
Laporan 'damage control' dikeluarkan tahun depan - Tun M
Katanya laporan itu akan mengandungi butiran mengenai hasil tindakan oleh kerajaan sekarang dalam menangani masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.
Pemegang ijazah luar negara tidak diiktiraf, sila tampil!
Saifuddin berkata terdapat pegawai termasuk PTD dihantar ke Amerika Syarikat (AS) dan Perancis menggunakan 'penaja kerajaan' bagi ijazah pertama tetapi masih tidak diserap dalam perkhidmatan awam.
PTD wanita perlu berusaha memahami pelaksanaan TN50
Kumpulan itu pada masa sama disaran membina rangkaian hubungan lebih baik dengan masyarakat khususnya dalam usaha melaksanakan TN50.