Pelaksanaan skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditangguhkan pada ketika ini, kata Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Menerusi muat naik di Twitter, Maszlee berkata penangguhan itu dibuat sehingga pihaknya mengumpul pandangan dan cadangan daripada semua pemegang taruh.

Pada Rabu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan skim potongan gaji bulanan kepada peminjam yang bergaji minima RM2,000 dan ke atas akan berkuatkuasa pada 1 Januari.

Potongan itu melibatkan antara dua peratus hingga 15 peratus daripada gaji peminjam.

BACA: Awas ... Peminjam PTPTN tak boleh lari!

BACA: Tangguh pelaksanaan PGB, AMK ajak PTPTN berbincang

Peminjam yang bergaji RM2,000 sebulan perlu membayar RM40 sebulan sementara mereka yang bergaji RM8,000 dan ke atas terpaksa dipotong RM1,200 sebulan.

BACA: PTPTN: Anwar mahu jumpa PM, Menteri Pendidikan, Pengerusi PTPTN

Susulan pengumuman itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin politik kerajaan dan pembangkang membantahnya.