Berang hidangan yang dimasak tidak dijamah dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga Indonesia memukul anak perempuannya yang berusia sembilan tahun di Taman Setia Jasa, Temerloh dekat sini.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata kejadian dipercayai berlaku petang Jumaat lepas, apabila mangsa yang merupakan anak bongsu suspek membawa pulang hidangan yang dibekalkan suspek untuk jamuan di sekolah.
"Suspek yang berusia 47 tahun dipercayai marah apabila mengetahui makanan tersebut tidak disentuh murid dan guru menyebabkan dia marah, memaki hamun dan memukul mangsa.
"Pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami kesan lebam pada paha kiri dan bengkak di kepala," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.
Mohd Yusri berkata ibu mangsa membuat laporan selepas mengetahui kejadian itu daripada kakak mangsa yang berusia 10 tahun, yang menghubungi ibunya pada 4.30 petang Jumaat.
Katanya, suspek dan ibu mangsa sudah bercerai pada tahun 2015 dengan hak penjagaan tiga anak yang berusia antara sembilan hingga 13 tahun diserahkan kepada suspek.
Suspek kini ditahan reman sehingga Selasa, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 24 2019
Suspek yang berusia 47 tahun dipercayai marah apabila mengetahui makanan tersebut tidak disentuh murid dan guru. - Gambar hiasan
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Pukul anak kerana makanan dibekalkan untuk jamuan tidak dijamah
Suspek yang berusia 47 tahun dipercayai marah apabila mengetahui makanan tersebut tidak disentuh murid dan guru.
Pengarah Kemas didakwa terima rasuah hampir RM160,000
Mohd Adnan Md Daud, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Seni bento galak budaya berjimat
Menyedari minat umum terhadap seni bento, Muzium Negara mengambil kesempatan menganjurkan program sehari "Bengkel Bento" buat ibu bapa yang berminat dalam mendalami ilmu itu.