#PulangMengundi #CarPoolGE14: Rakyat hulur bantuan pastikan pengundi keluar mengundi

#PulangMengundi #CarPoolGE14: Rakyat hulur bantuan pastikan pengundi keluar mengundi
Rakyat Malaysia sudah mula untuk merancang perjalanan mereka ke kampung masing-masing untuk mengundi pada PRU14, yang bakal diadakan pada 9 Mei ini.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sudah mula untuk merancang perjalanan mereka ke kampung masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang bakal diadakan pada 9 Mei ini.

Selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan tarikh mengundi semalam, hashtag #PulangMengundi dan #CarPoolGE14 mula trending di media sosial terutamanya di laman Twitter.

Menerusi hashtag #PulangMengundi dan #CarPoolGE14, netizen menghulurkan bantuan kepada mereka yang berhasrat untuk mengundi tetapi mempunyai halangan untuk merancang perjalanan mereka ke rumah masing-masing.
Ada yang menghulurkan bantuan kewangan terutamanya kepada para pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk membeli tiket bas ataupun tiket penerbangan untuk kembali ke kampung halaman.

Selain itu, perkhidmatan ‘carpool’ juga ditawarkan untuk memudahkan perancangan perjalanan masing-masing.

Mereka yang mempunyai permintaan dan tawaran perlu menentukan tempat asal dan destinasi dituju, tarikh dan masa perjalanan, titik pertemuan dan bilangan tempat duduk yang ada.

Berikut adalah antara tweet yang dikongsi:













Bagaimanapun, ada segelintir turut menasihati orang ramai terutamanya golongan wanita untuk mengesahkan identiti pemandu kereta yang bakal dinaiki bagi menjamin keselamatan dirinya.